- JBS Melaka
- Hits: 11
TURUN HAMPIR 25KG! MUHAMMAD ARIF DAN HASNITA JUARA BIGGEST LOSER MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 11
AYER KEROH, 18 Oktober 2026 - Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka 2026 menyaksikan pencapaian membanggakan apabila Muhammad Arif bin Osman muncul Johan Kategori Lelaki dengan penurunan berat badan sebanyak 24.9 kilogram, manakala Hasnita binti Mohd Leham menjuarai Kategori Wanita dengan penurunan sebanyak 20.4 kilogram.
Majlis penyampian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Kategori Lelaki
1) Johan – RM1,500.00
Muhammad Arif bin Osman (24.9 kg)
2) Naib Johan – Rm800.00
Mohd Isa bin Nordin (23.6 kg)
3) Ketiga – Rm300.00
Muhammad Nooramin bin Ahmad (21.7 kg)
Kategori Wanita
1) Johan – Rm 1500.00
Hasnita binti Mohd Leham (20.4 kg)
2) Naib Johan – Rm800.00
Suzana binti Md Nasir (16.7 kg)
3) Ketiga – Rm300.00
Nurul Aisyah binti Ishak (16.6 kg)
Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Terima kasih kepada rakan strategik Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Majlis Sukan Negeri Melaka serta Rakan Penaja dari Herbalife, Vitahealth dan Yakult dalam menjayakan pertandingan ini.
Kekal Aktif, Kekal Sihat, Malaysia Aktif!
