- JBS Melaka
- Hits: 16
HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT NEGERI MELAKA : CABUTAN BERTUAH JADI TARIKAN, MOTOSIKAL HADIAH UTAMA!
- JBS Melaka
- Hits: 16
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Pengisian cabutan bertuah merupakan antara tarikan menarik yang memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Negeri Melaka, sekali gus menambahkan keterujaan para peserta dan pengunjung yang hadir.
Suasana bertambah meriah apabila pemenang bertuah membawa pulang sebuah motosikal sebagai hadiah utama! Kegembiraan jelas terpancar dalam kalangan pengunjung yang menantikan detik istimewa tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka yang hadir dan bersama-sama menyemarakkan budaya hidup aktif serta sihat.
