PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026

ALOR GAJAH, 19 Oktober 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Alor Gajah bagi tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Dato' Dol Said, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Alor Gajah Melaka.

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Alor Gajah Tahun 2026 diadakan sebagai platform perbincangan antara wakil belia dengan agensi kerajaan bagi mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan golongan belia di peringkat daerah.

Majlis telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah. Hadir sama Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.

Secara keseluruhannya, persidangan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara pertubuhan belia dengan agensi kerajaan serta memastikan suara dan pandangan golongan belia diberi perhatian dalam perancangan pembangunan daerah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search