- JBS Melaka
- Hits: 11
SEKALUNG TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA JBSNM! KERJA SEPASUKAN, KEJAYAAN HSN2026
- JBS Melaka
- Hits: 11
MELAKA, 18 Oktober 2026 – Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) atas komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan dalam menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka (KOMBES).
Kejayaan penganjuran ini adalah hasil usaha padu semua warga kerja yang bertungkus-lumus, sama ada di hadapan mahupun di sebalik tabir. Setiap tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi bukti bahawa kejayaan luar biasa lahir daripada pasukan yang hebat dan semangat yang tidak pernah luntur!
Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga JBSNM yang telah memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung. Anda semua adalah tulang belakang kejayaan HSN2026 dan kebanggaan jabatan!
Sukan Menyatukan Kita, Warga JBSNM Luar Biasa!
