- JBS Melaka
- Hits: 19
KONTINJEN PARA MELAKA SEDIA CETUS AKSI TERBAIK DI PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026
- JBS Melaka
- Hits: 19
KRUBONG, 4 September 2026 – Seramai 40 peserta Negeri Melaka daripada tiga acara sukan iaitu Olahraga (25) dan Tenpin Boling (15) telah berangkat ke Shah Alam bagi menggalas cabaran negeri pada Para SUKMA XXII Selangor 2026.
Turut bersama dalam temasya kali ini ialah pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), Puan Masitah binti Ab Wahab dan Puan Zakiah binti Abdul Hadi, yang bertugas sebagai pegawai penyelaras sukan Para Tenpin Boling Melaka.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi, seluruh kontinjen Para Melaka tampil penuh berkeyakinan untuk memberikan aksi terbaik, mencipta kejutan dan melakar kejayaan demi mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas Para SUKMA XXII Selangor 2026.
Selamat berjuang, kontinjen Para Melaka!
