PELEPASAN KONTINJEN MELAKA KE KEJOHANAN MIFA BERLANGSUNG DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

KOMBES MELAKA, 4 September 2026 - Telah berlangsung Sesi Flag Off Kontinjen Melaka ke Kejohanan MIFA (Malaysian Indian Football Association) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Seramai 70 orang atlet muda termasuk barisan jurulatih, guru pengiring dan urusetia terlibat dalam membawa semangat 'Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat' ke Kejohanan MIFA yang berlangsung dari 4 hingga 6 September di Pulau Pinang.

Sesi Flag Off telah disempurnakan oleh YB Datuk V.P. Shanmugam a/l V Pitchay, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek. Turut hadir mewakili Pengarah JBSNMelaka adalah Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBSN Melaka.

Selamat Maju Jaya Kontinjen MIFA Melaka!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search