ANAK MUDA MELAKA GEGAR MITC DENGAN AKSI SUKAN BERTENAGA

AYER KEROH, 5 September 2026 - Sempena Karnival Anak Muda Peringkat Negeri Melaka 2026, pelbagai acara sukan menarik sedang menghangatkan suasana di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Antara acara yang menjadi tumpuan ialah Pound To Fit X Zumba, Pertandingan Muaythai dan Army Warrior Challenge yang menjanjikan cabaran, aksi serta pengalaman penuh bertenaga buat para peserta.

Bukan sekadar menguji kecergasan dan ketahanan fizikal, penganjuran ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan, keberanian, dan gaya hidup yang sihat.

Lebih menarik lagi, ada hadiah menanti para peserta!   

- Cabar kemampuan.
- Uji ketahanan.
- Rebut hadiah.

Gegar Karnival Anak Muda Melaka 2026!
Jangan lepaskan peluang — ayuh turun padang dan buktikan semangat anak muda Melaka!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search