PROGRAM CABARAN SUKAN REKREASI NEGERI MELAKA 2026 SIRI II : KLAS WALL CLIMBING

MASJID TANAH, 5 September 2026 – Seramai 25 orang peserta telah menyertai Program Cabaran Sukan Rekreasi Negeri Melaka 2026 Siri 2: Klinik Asas Mendaki Tembok Tiruan yang berlangsung di Padang Bola Taman Datuk Setia, hari ini.

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Mendaki Negeri Melaka ini bertujuan memberikan pendedahan serta kemahiran asas sukan mendaki tembok tiruan kepada golongan belia tempatan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, yang hadir mewakili EXCO Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau, YB Datuk Hameed MK Basheer. Penganjuran klinik ini diharapkan dapat memupuk minat masyarakat dalam sukan rekreasi sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search