KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 MELABUH TIRAI, CETUS SEMANGAT DAN JATI DIRI GENERASI MUDA

ULU SEPRI , 4 September 2026 - Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama empat hari tiga malam, bermula 1 hingga 4 September 2026, dengan penglibatan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah Menengah negeri Melaka.

Para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti pembangunan jati diri, kenegaraan, kepimpinan, kemahiran insaniah, kesukarelawanan serta aktiviti survival, yang dirangka bagi membentuk generasi muda yang lebih berkeyakinan, berdisiplin dan mampu bekerja secara berpasukan dengan menerapkan 10 nilai dan gaya hidup rakan muda.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hakeem bin Zamri mewakili Pengarah AKM Negeri Sembilan, turut hadir Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta En Md Yusuf Bin Mohamed, Pengerusi GB4B (M) Kawasan Jasin.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka ini akan menjadi medium untuk memperkasa potensi anak muda melalui pembentukan karakter, jati diri, kepimpinan, kemahiran dan semangat kebersamaan tanpa mengira kaum dan agama.

Bersama Membina Generasi Muda Berdaya Saing, Berprinsip dan Berjiwa Rakan Muda!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search