- JBS Melaka
- Hits: 31
HARI KETIGA PROGRAM KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 31
ULU SEPRI, 3 September 2026 - Hari ketiga Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan meriah dengan Sesi Kembara & Kemahiran Survival – Hidup & Menjejak yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas kemahiran ikhtiar hidup, navigasi serta keupayaan menyesuaikan diri dalam persekitaran luar.
Seterusnya, peserta menyertai Sesi Kembara & Kemahiran Survival – Jungle Cooking yang memberikan pengalaman praktikal kepada peserta dalam menyediakan makanan menggunakan sumber dan peralatan yang bersesuaian dalam suasana luar, di samping menerapkan nilai kreativiti, kerjasama dan pengurusan sumber.
Pengisian aktiviti diteruskan dengan Sesi Rentak Perpaduan Kita yang mengetengahkan elemen perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan anak muda. Pada sebelah petang pula, peserta menyertai Sesi Explore Rakan Muda – Negaraku Merdeka yang membawa mesej kecintaan kepada negara, semangat patriotisme dan penghargaan terhadap nilai kemerdekaan. Pengisian ini turut memberi ruang kepada peserta untuk memahami peranan generasi muda dalam mempertahankan keharmonian dan membina masa depan negara.
Kemuncak hari ketiga diteruskan dengan Sesi Malam Gala, yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan santai. Malam Gala menjadi ruang kepada peserta untuk mengeratkan silaturahim, meraikan kebersamaan serta mencipta kenangan sepanjang menyertai Kem Rakan Muda.
