- JBS Melaka
- Hits: 33
FAMILY FUN WALK SEMPENA PENUTUP PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN TABOH NANING TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 33
TABOH NANING, 5 September 2026 - Acara Family Fun Walk Sempena Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Taboh Naning Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Padang Kompleks Japerun Taboh Naning.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 616 orang peserta, yang terdiri daripada penduduk dan komuniti sekitar DUN Taboh Naning. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta penglibatan komuniti dalam program kemasyarakatan.
Acara flag-off telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Taboh Naning, bersama Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Di garisan penamat, peserta telah menerima medal yang disampaikan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, bersama YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah.
Majlis Perasmian Penutupan Program WRUR DUN Taboh Naning Tahun 2026 pula telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan berjaya menarik penglibatan komuniti setempat dalam suasana yang meriah serta menggalakkan semangat kekitaan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
