LABUAN, 20 Oktober 2024 - Kelab Belia Kampung Sungai Labu (BELA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 pada 20 Oktober 2024, bertempat di Balairaya Kampung Kampung Sungai Labu.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan
Semoga BELA terus progresif dan dinamik dalam membangunkan serta memberikan sumbangan kepada belia dan masyarakat.
Sistem Tempahan Fasiliti (STF) Kompleks Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan akan diselenggara bermula pada 23 Oktober 2024 (Rabu) sehingga 31 Oktober 2024 (Khamis) bagi tujuan penyelenggaraan dan penaiktarafan sistem (Fasa Migrasi/ Latihan/ Taklimat Pembayaran Secara Atas Talian - JomPay).
Sebarang tempahan atas talian yang telah dibuat awal hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2024 (Selasa) jam 3.00 petang.
Bagi pengguna yang belum membuat tempahan bagi penggunaan fasiliti pada tarikh 23 hingga 31 Oktober 2024, anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi Kaunter Tempahan dan Hasil di talian 087-429481, secara walk-in atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Pembayaran boleh dibuat pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
LABUAN, 16 Oktober – Satu mesyuarat penyelarasan program sukan sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dipengerusikan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan gerak kerja bersama agensi dan persatuan yang telah dikenalpasti bagi menjayakan program sukan yang akan dilaksanakan pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan pada 9 November 2024 (Sabtu) di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program sukan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut adalah Senamrobik Perdana, Fun Ride 30km (RB, MTB & Folding Bike), Fun Run 5km, Fun Walk 3km, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukan Rakyat dan Pertandingan E-Sports.
Pihak Jabatan menjemput semua warga Labuan mendaftar dan hadir memeriahkan program dan acara pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan. Jumpa anda di sana. Jom Gegar Labuan.
LABUAN, 16 Oktober - Satu perbincangan awal bagi penganjuran Kejohanan Bola Sepak U12 Jemputan Bank Rakyat Cawangan Labuan telah dilaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan pagi ini.
Hadir bagi sesi perbincangan tersebut adalah Encik Jasmin Amsyir, Penolong Pengurus Bank Rakyat Labuan, Encik Roslan bin Haji Kario, Presiden Victorian United Football Club - VUFC, Encik Nasrunsah bin Binsin, Timbalan Presiden VUFC dan Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Intipati perbincangan lebih menjurus kepada permohonan untuk mengadakan kerjasama strategik bersama Jabatan dan mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan penganjuran kejohanan.
Semoga dengan jalinan kerjasama erat sebegini akan menyuburkan minat bersukan di peringkat akar umbi bagi manfaat penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan.
JPKK Kampung Kerupang Nagalang bersama TMirs Enterprise turut mengambil peluang melaksanakan Program Camping Anak Muda Kerupang Nagalang sempena Hari Sukan Negara 2024 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Seramai 35 org peserta telah mendaftar dan menyertai program ini yang memberi peluang kepada anak muda merasai aktiviti perkhemahan yang menjadi trend kini.
Seramai 39 buah keluarga telah mendaftar dan menyertai HSN Family Camp yang melibatkan 107 penyertaan. HSN Family Camp akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dimana antara lain pengisiannya adalah mengalakkan penyertaan para campers dengan pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara.
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, 12 Oktober 2024 ~ HSN 2024 tidak ketinggalan membawa sukan baru ke Wilayah Persekutuan Labuan kali ini.
Pickleball antara sukan baru yang di ketengahkan sempena Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Sukan Mari Mencuba ini terbuka kepada seluruh masyarakat tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi dan memahami cara dan peraturan sukan ini
ARENA BOLING PADANG LABUAN, 12 OKTOBER 2024 ~ Sukan Boling Padang menawarkan hadiah wang tunai beserta piala iringan kepada pemenang kejohanan Open Pairs Veteran tersebut.
Kejohanan yang bermula pada hari ini dan akan terus berlangsung sehingga 13 Oktober 2024 telah disertai 20 pasukan dari W.P. Labuan dan 1 pasukan dari Brunei yang berumur 40 tahun ke atas untuk kejohanan kali ini. Menurut setiausaha Puan Aisah Alias , kejohanan boling padang terbuka veteran ini khas diadakan sempena hari sukan negara bagi membawa golongan veteran yang meminati sukan ini khususnya.