- JBS WP Labuan
- Hits: 104
KAJIAN LAPANGAN PENGKOMPUTERAN
LABUAN, 14 Januari 2025 - Kolaborasi Unit ICT Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Mahasiswa Fakulti Komputeran dan Infomatik Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan bagi kerja lapangan.
Kumpulan yang dianggotai oleh Saudara Adham bin Zainuddin, saudara Muhammad Danish bin Mohd Azmi, saudara Hafiy Daniel bin Othman, saudara Hessal Gisang anak Jebero dan Mohammad Jan bin Suwalto bersama Unit ICT Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan perbincangan dan perkongsian mengenai Teknologi Pengkomputeran dan Storan.
Turut serta Penolong Pengarah Belia, Puan Tracy Tumay Rigar menyampaikan cenderamata kepada Mahasiswa yang mengambil bahagian.
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)
Rakan Muda Labuan
- JBS WP Labuan
- Hits: 104
