LABUAN, 14 Januari 2025 - Sesi gotong-royong pembersihan stor Jabatan diteruskan lagi dengan pembersihan Stor Pentadbiran, Stor Belia, Stor Sukan dan Stor Rakan Muda.
Selain membersihkan kawasan stor, dokumen dan aset alih kerajaan Jabatan yang terdapat di stor-stor tersebut turut dikemaskini.
LABUAN, 14 Januari 2025 - Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi bulan Januari Tahun 2025 secara atas talian.
Antara intipati majlis tersebut adalah sesi penyampaian aspirasi dan harapan Ketua Pengarah JBSN dalam mengemudi hala tuju serta operasi JBSN sepanjang tahun 2025. Majlis ini juga merupakan satu pendekatan pihak pengurusan JBSN dalam memastikan semua warga JBSN mendapat kefahaman yang jelas berkenaan visi dan misi yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2025.
LABUAN, 13 Januari 2025 - Satu sesi gotong-royong pembersihan Stor KOMBES JBS WP Labuan telah diadakan bagi memastikan kawasan stor sentiasa bersih, selain mengemaskini status aset alih kerajaan Jabatan yang terdapat di stor tersebut.
Sesi gotong-royong ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan serta akan diadakan secara berkala bagi memastikan aset alih sentiasa dalam keadaan yang baik dan stor sentiasa bersih serta teratur.
Wilayah Persekutuan Labuan, 9 Januari 2025 ~ Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) Cawangan W.P.Labuan membuat taklimat khas kepada pegawai dan kakitangan jabatan bagi kesedaran pengurusan kewangan san perancangan persaraan kewangan kakitangan pada masa akan datang.
Puan Hilda & 3 lagi kakitangannya meluangkan masa berkongsi makluman dan memberi penerangan kepada semua pegawai yang hadir bagi sesi tersebut. Pasukan ini turut berkongsi maklumat ada dikalangan majikan kurang mengambil perhatian tentang kepentingan caruman KWSP ini.
LABUAN, 9 Januari - Karnival Sukan SM St. Anthony telah berlangsung hari ini di Padang Sintetik dan Gelanggang Futsal Berbumbung Hassan Sani Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Acara sukan yang dipertandingkan adalah sukan Bola Sepak dan Bola Jaring dan disertai oleh para guru serta pelajar SM St. Anthony.
Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan turut berkesempatan hadir ke Majlis Penutupan Karnival dan merakamkan penghargaan kepada Puan Connie Wong, Pengetua SM St. Anthony atas inisiatif pihak sekolah membudayakan gaya hidup sihat melalui bersukan di kalangan kakitangan dan pelajar.
PERBINCANGAN DUA HALA PROJEK NAIK TARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
LABUAN, 7 Januari - Satu sesi perbincangan di antara Jabatan Belia Dan Sukan W.P.Labuan dan JKR Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Utama JBS WP Labuan.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan dan pihak JKR diwakili oleh wakil-wakil Bahagian Ukur Bahan, Arkitek, Mekanikal dan Bangunan.
Sesi perbincangan menjurus kepada isu yang berbangkit mengenai skop projek yang memerlukan perincian dan keputusan daripada pihak Jabatan dan Kementerian.
PENGUMUMAN: PERMOHONAN MYCORPS MISSION 9 @ BORNEO KINI DIBUKA!
Bersedia memulakan tahun baru dengan penuh semangat?
MyCorps kembali lagi dengan Misi #9, dan kali ini, kita menuju ke Borneo!
MyCorps adalah program sukarelawan antarabangsa di bawah inisiatif Kementerian Belia & Sukan Malaysia, yang mencari belia Malaysia berumur 18-30 tahun untuk menyertai perjalanan transformatif ini. Misi ini memberi peluang kepada belia untuk memimpin, berkhidmat dan memberikan impak yang bermakna di Sabah dan Sarawak melalui projek kemanusiaan.
Apa manfaatnya untuk anda?
Latihan: Lengkapkan diri anda dengan kemahiran asas yang penting untuk memimpin.
Penempatan: Terlibat dalam projek kemanusiaan berimpak tinggi di Sabah dan Sarawak.
Peluang Kepimpinan: Transformasikan diri anda menjadi pemimpin belia yang membawa pembangunan mampan.
Siapa yang layak memohon?
Warganegara Malaysia berumur 18-30 tahun.
Bersedia untuk komitmen sepenuhnya terhadap misi dan bersemangat untuk menjadi sukarelawan serta membawa perubahan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 6 JANUARI 2025 ~ Kunjungan hormat dari Majlis Belia Wilayah yang hadir bersama pasukan bersama Pengarah, Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini.
Rombongan Majlis Belia Wilayah bersama Majlis Belia Wilayah Labuan membuat lawatan di Wilayah Persekutuan Labuan bermula 4 Januari lepas dengan beberapa pengisian untuk mengenal sendiri belia Labuan dan membuat beberapa perancangan dalam perlaksanaan program kolaborasi dari semua belia seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan.
LABUAN, 26 November - Satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan pilihan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan menentang pasukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung malam tadi di Padang Sintetik, Kompleks Belia dan Sukan W.P. Labuan.
Turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Perlawanan yang dibarisi pemain muda dan veteran tersebut berlangsung dengan aksi berbalas serangan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pilihan JBS WP Labuan dengan keputusan 4-1.