Labuan, 11 September 2025 - Program _Summer Camp_@ Rakan Muda Siri 2 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Sekretariat Rakan Muda UMSKAL, Kelab Belia Anak Layangan dan Kelab Rakan Muda SSN Mutiara diadakan sempena cuti persekolahan bertempat di Pusat Sejadi Hutan Simpan Kawang Papar, Sabah. Dengan penyertaan seramai 40 orang dikalangan pelajar sekolah - sekolah menengah Wilayah Persekutuan Labuan. Program dilaksanakan dengan 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang telah diberikan nafas baharu.

LABUAN, 8 September 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025 yang melibatkan agensi-agensi kerajaan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Perbadanan Labuan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd. Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. Mesyuarat ini membincangkan berkaitan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
LABUAN, 2 September - Satu operasi pemusnahan sarang tebuan di kawasan Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan telah dilakukan oleh pasukan APM W.P Labuan setelah menerima aduan daripada pengawal keselamatan yang bertugas. Tindakan pantas APM WP Labuan bergegas ke lokasi bagi memantau dan meninjau keberadaan sarang tebuan dan disusuli dengan operasi pemusnahan pada sebelah malam. Pihak Jabatan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tindakan pantas APM WP Labuan demi memastikan keselamatan kakitangan dan pengguna di Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan terjaga setiap masa.
LABUAN, 27 Ogos 2025 - Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan Bahagian Pembangunan Sukan menerima Kunjung Hormat daripada Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Kanu Labuan pagi ini. Kunjung hormat itu antara intipatinya adalah memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Sesi 2025 - 2027 dan memaklumkan kesediaan persatuan untuk memberi kerjasama dalam sebarang bentuk program. Selain itu, persatuan juga turut memaklumkan perancangan dan hala tuju persatuan dalam usaha menggalakkan pembangunan sukan kayak dalam kalangan masyarakat.
PAPAR, 27 Ogos 2025 β Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025 melabuhkan tirainya pada 24 Ogos 2025 yang lalu dengan pengisian terakhir yang sarat dengan ilmu dan mesej penting buat para peserta. Slot pertama dimulakan dengan taklimat βJangan Ambik!β oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Papar yang disampaikan oleh Encik Yusley Mining, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan & Publisiti. Beliau menekankan bahaya penyalahgunaan dadah serta peranan belia sebagai agen pencegahan di peringkat komuniti. Pengisian diteruskan dengan βPit Stop Minda Sihatβ oleh Pejabat Kesihatan Daerah Papar melalui Puan Dg Syahrizan binti Awang Ahmad, Pegawai Psikologi (Kaunseling). Sesi ini memberi tumpuan kepada aspek kesihatan mental, kaedah pengurusan stres serta kepentingan keseimbangan emosi dalam kehidupan belia masa kini. Kemuncak program adalah Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat serta menggesa belia terus mengamalkan nilai peduli, kreatif dan progresif sebagai tonggak kecemerlangan masa depan. Dengan penyertaan yang aktif sepanjang tiga hari program, Kem Belia ini berjaya mencapai objektif untuk membentuk belia berdaya tahan, berfikiran positif dan mampu menjadi pemimpin masyarakat pada masa akan datang. KBSMalaysia JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #JBSWPL
LABUAN, 27 Ogos β Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bersama pegawai dan kakitangan telah membuat lawatan kebajikan menziarahi Encik Mohd. Shaiful Rezwan bin Mustapha Welldone yang mengalami komplikasi akibat sakit buah pinggang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Nukleus Labuan dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Lawatan ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan Pengarah dan warga Jabatan dalam memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan pegawai dan kakitangan terus terpelihara. Seluruh warga Jabatan mendoakan semoga En. Mohd. Shaifful Rezwan mendapat kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.