PROGRAM MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI - AEROBCTHON 90 MINIT MERIAH WALAU HUJAN LEBAT

Labuan, 5 Disember – Program Malaysia Aktif @Komuniti – Aerobicthon 90 Minute tetap berlangsung dengan meriah meskipun hujan lebat memaksa acara dipindahkan daripada lokasi asal di Padang Sintetik ke kawasan terlindung. Semangat para peserta tidak luntur apabila seramai 190 orang hadir dan kekal aktif mengikuti sesi senam aerobik yang dipimpin oleh Zin Ash dan pasukan jurulatih.

Walaupun keadaan cuaca kurang menyebelahi, penganjuran program ini berjaya mencapai objektif utamanya, iaitu mempromosikan amalan gaya hidup sihat serta memperkasa penglibatan komuniti dalam aktiviti kecergasan.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Puan Tracy Tumay binti Rigar, Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan dan Encik Haryadi Bin Omar, Ketua Kg. Pohon Batu. Kehadiran mereka menambah semangat peserta serta memberi sokongan padu terhadap inisiatif kecergasan di peringkat komuniti.

Program ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Belia Pohon Batu dengan kerjasama jurulatih bertauliah Zin Ash dan Faiz, yang memainkan peranan penting dalam memastikan sesi kecergasan berjalan lancar dan penuh bertenaga.
#malaysiaaktifkomuniti

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search