
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan! Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan sangat komited dalam usaha memeta pembangunan belia secara holistik serta sentiasa memastikan masyarakat setempat sihat, cergas dan cerdas.
Diharapkan agar Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, NGOs, Pemimpin Masyarakat dan individu selaku rakan strategik Jabatan mampu bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha kita membina nilai tambah dalam diri masyarakat selain memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
Semoga melalui portal ini, jaringan komunikasi antara Jabatan dan masyarakat akan lebih efektif, penyaluran maklumat adalah lebih pantas, meluas dan berkesan kepada pemegang taruh, serta pengisiannya memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pengunjung.
Sekian, terima kasih.
Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59