LABUAN,17 Mei 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Kanu WP Labuan telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Kayak Star One Peringkat WP Labuan 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Pantai dan Dewan Komuniti Kampung Sungai Labu, W.P. Labuan.
Program tersebut telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia dan peminat sukan rekreasi air sekitar WP Labuan. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan teknik pengendalian kayak, aspek keselamatan di air serta meningkatkan pengetahuan peserta dalam sukan kayak secara teori dan praktikal.
Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai penggiat sukan rekreasi air yang berkemahiran serta berdisiplin dalam aktiviti sukan lasak dan rekreasi.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru selaku Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Encik Hamid bin Angin, Presiden Persatuan Kanu Sabah dan Encik Yunus bin Waidin, Presiden Persatuan Kanu Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 65
