- JBS WP Labuan
- Hits: 26
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 26
LABUAN, 16 Mei - Majlis Perasmian Penutupan Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Sri Labuan, JKR W.P Labuan petang tadi.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan) mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam ucapan perasmian penutupan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Malaysia Floorball Association (MFA) di atas komitmen dan dedikasi membimbing peserta-peserta dari Wilayah Persekutuan yang baru berkecimpung dan mengenali sukan Floorball. Beliau juga berharap program ini akan menjadi kesinambungan kepada kemajuan sukan Floorball di Malaysia di mana langkah seterusnya adalah untuk memupuk lebih ramai penggiat dan pemain di Wilayah Persekutuan Labuan dengan menubuhkan Persatuan Floorball Labuan. Dengan strategi sebegini akan memacu kepada minat mendalam terhadap sukan Floorball khususnya di kalangan anak muda Wilayah Persekutuan Labuan.
Encik Felix Den Anthony Paru juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta program serta sijl penghargaan dan cenderamata Jabatan kepada Dr. Rizal bin Mohd. Razman, Presiden Malaysia Floorball Association dan Cik Cheah Pei Yi, Jurulatih MFA dan Kapten Pasukan Kebangsaan sebagai tanda kenangan.
