LABUAN, 10 Mei 2026 – Program Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat WP Labuan 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima penyertaan seramai 210 peserta.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP Labuan, Herbalife Malaysia, Yakult Malaysia serta Persatuan Wushu WP Labuan.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan, pemakanan sihat dan perubahan gaya hidup yang lebih aktif serta positif. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan berharap program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.

LABUAN, 8 MEI 2026 ~ Sesi pembentangan dari Kelab Belia Anak Layangan ( KEBAL) bagi permohonan menyertai & mendapatkan dana Program AgroBelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 telah berlangsung pagi tadi. Pegawai Jabatan Pertanian W.P. LABUAN Encik Mohd Fahzullah Bin Jimy & Puan Norazah Binti Suidie bersama Penolong Pengarah ( Belia) Puan Tracy Tumay Rigar telah menjadi Juri bagi sesi Pithcing bersama Kelab Belia yang ingin menjalankan pertanian bagi menjana pendapatan kelab itu sendiri. Persatuan/Kelab yang berjaya akan disalurkan bantuan Dana Kewangan bagi menjayakan cadangan Projek Pertanian mereka bagi tempoh minima 5 bulan pada tahun ini.
LABUAN, 2 Mei - Ribuan warga Labuan memeriahkan LISC Moonlight Fun Walk 2026 yang berlangsung malam ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Acara ini merupakan acara sokongan kepada penganjuran Labuan International Sea Challenge 2026 yang dianjurkan setiap tahun. Upacara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama dalam acara tersebut adalah Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini juga dimeriahkan dengan Pertandingan Pakaian Kreatif bertemakan Glowing In The Dark kategori Lelaki dan Wanita serta cabutan bertuah untuk peserta yang mana hadiah disumbangkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #JBSWPLabuan #JBSWPL #BeliaKitani Taufiq Johari Mordi Bimol KBSMalaysia JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda
26 April 2026 - MTB Trail, Kg. Pohon Batu, Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan telah hadir menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat W.P. Labuan yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dan crew pagi tadi. Hadir bersama pada majlis itu Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta Encik Jamil Bin Haji Kario, Pengurus JHK Event yang merupakan antara orang yang bertanggungjawab memulakan pembangunan laluan di MTB Trail bersama beberapa ngo lain sebelum ini. Melalui program ini, para peserta yang terdiri daripada sukarelawan Rakan Muda dari Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Sekretariat Rakan Muda UMSKAL, Kelab Rakan Muda SSN Mutiara dan individu persendirian telah dibahagikan kepada 10 pasukan bagi menyelesaikan beberapa tugasan disepanjang 6.7km trail berkenaan. Antara pengisian dan tugasan serta gerak kerja yang dilakukan adalah pembersihan sepanjang kawasan seperti mengutip sampah dan memesin rumput, Baikpulih dan penukaran papan jambatan usang, pemasangan papan tanda kilometer, pemasangan peta laluan disetiap simpang, pemasangan tali bagi beberapa kawasan yang licin dan curam dan memasang arah laluan bagi kemudahan pengemar laluan trail. Kawasan MTB Trail ini juga merupakan salah satu kawasan Geopark Labuan dan kerja-kerja pemuliharaan dan pembersihan seperti ini menunjukkan sokongan komuniti W.P. Labuan dalam usaha menjaga khazanah alam. Program ini juga dilaksanakan sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22 April yang lalu. Pelbagai pihak turut terlibat dalam pelaksanaan program ini antaranya Perbadanan Labuan, Victoria Kayak Club, JHK Event, Pejaur Hantap, Tim Haus, Cyclist Group, Bungkas Artwork, Runsmart, Kelab Mendaki Labuan, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan dan SRM UMSKAL. Semoga usaha ini dapat membantu memelihara keindahan alam dan memberi keselesaan para pengguna trail bagi meneruskan minat untuk beriadah disamping memudahkan penguna mendapatkan info tepat apabila berada disepanjang laluan berkenaan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #JBSWPLabuan #JBSWPL Taufiq Johari Mordi Bimol KBSMalaysia JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda
25 April 2026, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Bahagian Pembangunan Rakan Muda bersama dengan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan hari ini turut mengadakan Pameran sempena Kejohanan Merentas Desa MSSM Kebangsaan yang diadakan di pulau ini.
LABUAN, 25 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah dijemput bagi mengendalikan slot pengisian menerusi Program Fit Challenge sempena Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung hari ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Program Fit Challenge yang dijalankan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dengan penganjuran Push Up Challenge melibatkan kategori lelaki dan wanita. Cabaran ini menguji ketahanan serta kekuatan fizikal peserta dengan melakukan tekan tubi selama satu (1) minit. Bagi kategori lelaki, jumlah ulangan tertinggi yang berjaya dicatatkan ialah sebanyak 70 kali tekan tubi, manakala bagi kategori wanita pula mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 84 kali tekan tubi. Pelaksanaan program ini bukan sahaja memeriahkan kejohanan, malah turut menjadi platform dalam memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan peserta serta warga sekolah yang terlibat. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #JBSWPLabuan #jbslabuan #beliakitani
Sebagai persiapan akhir bagi pelaksanaan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkqt W.P. Labuan telah diadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama crew-crew yang terdiri dari team Victoria Kayak Club, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Kelab Mendaki Labuan (Penaja) dan RunSmart Team bagi menyelaras peranan dan pembahagian tugasan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para peserra terjaga dengan baik pada program ahad ini nanti. Seramai lebih kurang 40 orang petugas akan turut sama dalam memastikan program itu dapat dilksanaan dengan baik.