LISC MOONLIGHT FUN WALK 2026 CATAT 2,326 PENYERTAAN


LABUAN, 2 Mei - Ribuan warga Labuan memeriahkan LISC Moonlight Fun Walk 2026 yang berlangsung malam ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Acara ini merupakan acara sokongan kepada penganjuran Labuan International Sea Challenge 2026 yang dianjurkan setiap tahun.
Upacara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama dalam acara tersebut adalah Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program ini juga dimeriahkan dengan Pertandingan Pakaian Kreatif bertemakan Glowing In The Dark kategori Lelaki dan Wanita serta cabutan bertuah untuk peserta yang mana hadiah disumbangkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search