PROGRAM FIT CHALLENGE MERIAHKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM 2026


LABUAN, 25 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah dijemput bagi mengendalikan slot pengisian menerusi Program Fit Challenge sempena Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung hari ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program Fit Challenge yang dijalankan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dengan penganjuran Push Up Challenge melibatkan kategori lelaki dan wanita. Cabaran ini menguji ketahanan serta kekuatan fizikal peserta dengan melakukan tekan tubi selama satu (1) minit.
Bagi kategori lelaki, jumlah ulangan tertinggi yang berjaya dicatatkan ialah sebanyak 70 kali tekan tubi, manakala bagi kategori wanita pula mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 84 kali tekan tubi.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memeriahkan kejohanan, malah turut menjadi platform dalam memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan peserta serta warga sekolah yang terlibat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSWPLabuan
#jbslabuan
#beliakitani

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search