- JBS WP Labuan
- Hits: 32
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 (𝐁𝟒𝟎) 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
Labuan, 9 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya menganjurkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2 Kategori Kanak-Kanak (B40) dan Warga Emas Peringkat WP Labuan yang diadakan di Labuan Autism Care Centre.
Seramai 80 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak golongan B40 dan warga emas telah menyertai program ini yang dilaksanakan selama enam (6) sesi latihan dengan kerjasama Persatuan Akuatik WP Labuan serta Labuan Autism Care Centre.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas renang yang betul, selain bertujuan mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.
Program ini turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penguasaan kemahiran renang sebagai salah satu kemahiran hidup yang penting dan bermanfaat untuk semua peringkat umur.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir Encik Shaffry Mohd Sarif, Pengarah Labuan Autism Care Centre, dan Encik Allen Alex Lailis, Presiden Persatuan Akuatik WP Labuan.
#KlasRenang
- JBS WP Labuan
- Hits: 32
