PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 - VIETNAM VS MALAYSIA


LABUAN, 31 Mac - Bertempat di Gelanggang Futsal Berbumbung Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan Labuan telah berlangsungnya Program Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu perlawanan di antara Vietnam menentang Malaysia.
Dianggarkan lebih kurang 201 orang pengunjung hadir malam tadi bagi menyaksikan dan memberikan tahap sokongan yang padu kepada pasukan Harimau Malaya. Turut hadir ke program tersebut adalah Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Cheong Shan Shi, Presiden LAFA, Datuk Hassan Sani serta pengerusi-pengerusi kelab bola sepak di Labuan.
Program tersebut turut diadakan dengan King of Penalty yang dibantu dilaksanakan oleh Encik Mohd. Nazri Sabtu, Pengadil Bola Sepak yang tidak asing lagi di W.P. Labuan. Sebanyak 19 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu turut diadakan sesi hadiah cabutan bertuah bagi meraikan pengunjung yang hadir ke program tersebut.
Terima kasih kepada semua warga Labuan yang hadir memeriahkan dan menyokong pelaksanaan program Jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSWPLabuan
#jbslabuan
#beliakitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 09-04-2026, 08:44:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search