HARI KEDUA SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF WANITA (SKEW) PERINGKAT W.P.LABUAN 2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 (𝐒𝐊𝐄𝐖) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kundasang, Sabah, 19 April 2026 – Hari kedua Seminar Kecergasan Eksekutif Wanita (SKEW) diteruskan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada aspek praktikal dan pengetahuan dalam bidang kecergasan.
Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mencergaskan peserta untuk mengikuti aktiviti sepanjang hari.
Seterusnya, slot Kecederaan dan Penyakit Tidak Berjangkit Dalam Sukan memberi pendedahan berkaitan risiko kesihatan serta langkah pencegahan dalam aktiviti fizikal. Peserta turut didedahkan dengan Kepentingan dan Komponen Kecergasan bagi memahami asas kecergasan yang menyeluruh.
Selain itu, Slot Teknik dan Jenis-jenis Senaman memberikan panduan praktikal tentang cara pelaksanaan senaman yang betul dan berkesan.
Sebagai penutup hari kedua, Slot Gadget dan Aplikasi untuk Kecergasan memperkenalkan penggunaan teknologi dalam membantu pemantauan serta pengurusan gaya hidup sihat.
Hari kedua berlangsung dengan penuh interaktif dan memberi manfaat kepada peserta dalam memperkukuh amalan kecergasan dalam kehidupan seharian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSWPLabuan
#jbslabuan
#beliakitani
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search