- JBS WP Labuan
- Hits: 12
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KECEMASAN LISC MOON LIGHT FUN WALK 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 12
LABUAN, 13 April – Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan LISC Moon Light Fun Walk 2026 telah berlangsung petang ini di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat ini bertujuan menyelaraskan penugasan kepada agensi-agensi yang telah dilantik dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan). Agensi yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Perbadanan Labuan Polis Daerah Labuan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan APM W.P Labuan RELA Daerah WP Labuan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan dan Persatuan Sukan Kecergasan Wilayah Persekutuan Labuan ( PSkWPL ).
Mesyuarat telah meneliti dan membincangkan langkah-langkah keselamatan dan kecemasan bagi kelancaran program dan memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program berlangsung. LISC Moon Light Fun Walk 2026 akan berlangsung pada 2 Mei 2026 jam 7.00 malam di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
