KOTA KINABALU, 17 Oktober 2025 - Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat WP Labuan 2025 telah membuka tirai dan akan dilaksanakan bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan program dan organisasi secara berkesan. Antara pengisian pada hari pertama adalah berkenaan Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan serta Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #JBSWPL
LABYAN, 14 Oktober 2025 - Bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan Labuan, dianggarkan seramai 277 orang telah hadir menyaksikan perlawanan dan menyertai aktiviti sampingan yang diadakan. Turut hadir, YBhg. Datuk Hassan Sani, lagenda bola sepak negara, Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan JBS WP Labuan dan Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah Belia JBS WP Labuan. Beberapa acara sampingan telah dilaksanakan seperti Hadiah Cabutan Bertuah dan Penalty Shoot Out (Lelaki) yang pengendaliannya dibantu oleh Persatuan Bola Sepak W.P. Labuan (LAFA).
Labuan, 12 Oktober 2025 - Sesi Penilaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Mahanum binti Fauzi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 9 orang peserta Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) berjaya melengkapkan Komponen - komponen anugerah seterusnya layak ditauliahkan pada Majlis Pentauliahan Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada bulan November 2025 di Putrajaya.
Labuan, 11 Oktober 2025 - Skrin Besar Rakan Muda βMechamato Movieβ di tempat letak kereta arena Lawn Bowl Labuan dengan penyertaan seramai 500 orang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah cabutan bertuah, Bouncer castle dan khidmat komuniti.
Labuan, 11 Oktober 2025 - Skrin Besar Rakan Muda βMechamato Movieβ di tempat letak kereta arena Lawn Bowl Labuan dengan penyertaan seramai 500 orang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah cabutan bertuah, Bouncer castle dan khidmat komuniti.
11 Oktober 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Warga Labuan hari ini turun memberikan sokongan pada pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. Berdasarkan rekod penyertaan yang dipantau melalui google form, seramai 23,700 orang telah menyertai aktiviti hari sukan negara bermula dari 10 Obtober lagi. Penyertaan ini melibatkan penganjuran lebih 41 acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk, Agensi Kerajaan dan Swasta, Persatuan-persatuan sukan dan belia dan juga dianjurkan oleh sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd. Husni Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan. Hadir bersama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin Bin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. ketua-ketua jabatan. pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin persatuan sukan. Sambutan kali ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai yang merangkumi pelbagai peringkat umur selari dengan hasrat kerajaan "No one left behind". Terima kasih Warga Labuan, semoga kita terus mampu menjadi rakyat yang aktif dan sihatΒ
LABUAN, 8 Oktober - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bersama pegawai kanan Jabatan telah melakukan kunjung hormat dan sesi perbincangan kepada Puan Apalila Awang Tuah, Pengarah Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia WP Labuan. Lawatan dan sesi perbincangan ini adalah menjurus kepada jalinan kerjasama strategik antara Jabatan menjelang penganjuran ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium 2025 yang akan berlangsung pada 29-30 Oktober ini. Semoga kerjasama sebegini akan melancarkan perjalanan program yang dirancang dan menjaga imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Hannah Yeoh KBSMalaysia Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MADANISihat
Labuan, 7 Oktober 2025 - Sesi pertama telah bermula bagi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2 Kategori Warga Emas 2025 bertempat di Kolam Renang Autism Care Centre Labuan. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta membantu peserta kategori Warga Emas untuk kekal dengan Gaya Hidup yang sihat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Akuatik Labuan - PAL bersama Labuan Autism Care Centre #KlasRenangFasa2 #JBSWPLabuan #TeamKBS #wargaemas
Labuan, 5 Oktober 2025 - Sesi pertama telah bermula bagi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2, 2025 bertempat di Kolam Renang Autism Care Centre Labuan. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi pada hari ini. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Akuatik Labuan - PAL bersama Labuan Autism Care Centre #KlasRenangFasa2 #JBSWPLabuan #TeamKBS