KUNJUNG HORMAT KELAB RAKAN MUDA BANDAR LABUAN


13 Januari 2026 - Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Saudara Mohammad Azuan Bin Isack dan Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah membuat satu sesi kunjung hormat kepada Puan Mahanum Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan juga Pegawai Rakan Muda yang baru memulakan tugasan di Bahagian Rakan Muda, Cik Mastijah Binti Insuin.
Kunjung hormat ini dibuat bertujuan untuk memperkenalkan Kelab ini yang baru saja mendapat kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada pertengahan tahun 2025. Melalui perjumpaan ini juga turut dibincangkan berkenaan perancangan gerak kerja program Rakan Muda 2026 di peringkat W.P. Labuan yang bakal dilaksanakan bersama jabatan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search