𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐋𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖.𝐏. 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍


W.P. Labuan, 18 Januari 2026– Program KLAS Renang Warga Emas secara rasminya bermula hari ini di Kolam Renang Labuan Autisme Care Centre.
Program ini bertujuan memberi pendedahan asas renang kepada golongan warga emas di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan komuniti berusia.
Seramai 40 peserta warga emas telah menyertai sesi pertama yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari Persatuan Akuatik Labuan. Program ini memberi fokus kepada teknik asas keselamatan air, latihan pernafasan serta kaedah renang ringan yang sesuai dengan tahap fizikal peserta.
Program ini akan diteruskan secara berkala dengan beberapa siri latihan susulan yang telah dirancang.
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search