- JBS WP Labuan
- Hits: 19
KLINIK ASAS BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
LABUAN, 18 Januari - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Japan International Institute, Jepun telah melaksanakan Klinik Asas Bola Sepak di Padang Sintetik KOMBES Labuan pada 17 dan 18 Januari 2026. Seramai 60 orang peserta kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah menyertai klinik tersebut.
Pelaksanaan klinik tersebut bertujuan menambahkan kemahiran dan pengalaman dalam permainan bola sepak seperti jenis-jenis latihan bola sepak, pemanasan badan, kawalan bola yang betul, hantaran bola yang tepat, tendangan yang tepat, lontaran bola yang betul, tandukan bola yang betul, pertahanan yang kental dan mengelakkan kecederaan dalam bola sepak.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Puan Mahanum bt Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Klinik Asas Bola Sepak tersebut dikendalikan oleh Yoji Nakamura sebagai ketua jurulatih.
