- JBS WP Labuan
- Hits: 20
2 BINTANG KEBANGAAN LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 20
2 orang Atlet Para Negara kebangaan Pulau Labuan akan menyertai Temasya Sukan Para ASEAN ke-13, Thailand pada 20 hingga 26 Januari 2026 iaitu adik Avrinda Anis (Sukan Boccia - BC2 Individu Wanita dan Team BC1/BC2..) dan Rozabell Rozell Parinus (Para Olahraga - Kategori T36 100M dan 200M)
Kedua-kedua atlet Para ini telah digilap bakatnya oleh Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya W.P. Labuan (PESRON) dan jabatan ini melalui Program iTalent dan iTrain serta penyertaan mewakili Kontinjen W.P. Labuan sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang lepas dan kedua-duanya telah menyumbangkan Pingat Emas untuk W.P. Labuan pada temasya tersebut.
Kini kedua-dua Atlet Para kebangaan W.P. Labuan ini akan menggalas tanggungjawab besar untuk negara dan seluruh Warga Labuan turut mendoakan kejayaan mereka di Temasya Sukan Para ASEAN ke - 13 nanti.
Sumber Gambar: @Junihbintituah junejune
