Labuan, 11 Oktober 2025 - Skrin Besar Rakan Muda βMechamato Movieβ di tempat letak kereta arena Lawn Bowl Labuan dengan penyertaan seramai 500 orang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah cabutan bertuah, Bouncer castle dan khidmat komuniti.
Labuan, 11 Oktober 2025 - Skrin Besar Rakan Muda βMechamato Movieβ di tempat letak kereta arena Lawn Bowl Labuan dengan penyertaan seramai 500 orang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah cabutan bertuah, Bouncer castle dan khidmat komuniti.
11 Oktober 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Warga Labuan hari ini turun memberikan sokongan pada pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. Berdasarkan rekod penyertaan yang dipantau melalui google form, seramai 23,700 orang telah menyertai aktiviti hari sukan negara bermula dari 10 Obtober lagi. Penyertaan ini melibatkan penganjuran lebih 41 acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk, Agensi Kerajaan dan Swasta, Persatuan-persatuan sukan dan belia dan juga dianjurkan oleh sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd. Husni Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan. Hadir bersama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin Bin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. ketua-ketua jabatan. pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin persatuan sukan. Sambutan kali ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai yang merangkumi pelbagai peringkat umur selari dengan hasrat kerajaan "No one left behind". Terima kasih Warga Labuan, semoga kita terus mampu menjadi rakyat yang aktif dan sihatΒ
LABUAN, 8 Oktober - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bersama pegawai kanan Jabatan telah melakukan kunjung hormat dan sesi perbincangan kepada Puan Apalila Awang Tuah, Pengarah Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia WP Labuan. Lawatan dan sesi perbincangan ini adalah menjurus kepada jalinan kerjasama strategik antara Jabatan menjelang penganjuran ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium 2025 yang akan berlangsung pada 29-30 Oktober ini. Semoga kerjasama sebegini akan melancarkan perjalanan program yang dirancang dan menjaga imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Hannah Yeoh KBSMalaysia Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MADANISihat
Labuan, 7 Oktober 2025 - Sesi pertama telah bermula bagi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2 Kategori Warga Emas 2025 bertempat di Kolam Renang Autism Care Centre Labuan. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta membantu peserta kategori Warga Emas untuk kekal dengan Gaya Hidup yang sihat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Akuatik Labuan - PAL bersama Labuan Autism Care Centre #KlasRenangFasa2 #JBSWPLabuan #TeamKBS #wargaemas
Labuan, 5 Oktober 2025 - Sesi pertama telah bermula bagi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2, 2025 bertempat di Kolam Renang Autism Care Centre Labuan. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi pada hari ini. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Akuatik Labuan - PAL bersama Labuan Autism Care Centre #KlasRenangFasa2 #JBSWPLabuan #TeamKBS
ππππ ππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππ*ππ ππππ πππππππππ ππ ππππππ ππππΒ Labuan, 5 Oktober 2025 β Hari ini menandakan sesi penimbangan terakhir bagi program Biggest Loser*Ifiter yang telah berlangsung selama empat bulan dengan penglibatan peserta yang komited dalam mencapai gaya hidup sihat dan aktif Β Pemenang akan diumumkan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bersempena Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Β Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara dan menyaksikan detik pengumuman pemenang yang dinanti-nantikan ini. Program ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP Labuan bersama Wellness Hub Labuan #BiggestLoserWPLabuan #IFiterWPLabuan #JKWP #JBSNWPLabuan #TeamKBS #HSNWPLabuan
HARI SUKAN NEGARA 2025 KEMBALI DISELURUH NEGARA.... Dengarkan kami untuk info-info terkini Pengisian dan Persiapan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. Berikut Jadual Siaran Langsung Coretan HSN2025:- 4hb, Jam 8.00 malam - Fun Ride 30KM - Petanque Pantai - Pertandingan Wushu 6hb, Jam 3.30 ptg - Bola Jaring Lelaki - Memanah Tradisional - Kayak Sprint Komuniti - Kids Aerobichton Challange 7hb, Jam 3.30 ptg - Hockey - Fun Swim - Bola Tampar 9hb, Jam 3.30 ptg - Sekretariat HSN2025 #hsnlabuan2025 #MalaysiaAktif #HSN2025
Setiap kali penganjuran acara sukan, penggunaan botol plastik sekali guna meningkat dengan mendadak dan menjadi antara penyumbang utama kepada pencemaran sisa. Menyedari hakikat ini, HSNLabuan2025 melancarkan Kempen βSay No To Plastic Bottleβ bagi menggalakkan masyarakat membawa bekas minuman sendiri yang mesra alam, boleh digunakan semula, dan lebih lestari. Tujuan Utama Kempen 1. Mengurangkan Pencemaran Plastik β’ Botol plastik sekali guna mengambil masa ratusan hingga ribuan tahun untuk terurai. β’ Ia menyumbang kepada pencemaran jangka panjang pada tanah, sungai dan laut. 2. Melindungi Ekosistem β’ Plastik yang tidak diurus dengan baik boleh menyumbat sistem saliran dan mencemarkan sumber air. β’ Hidupan laut serta ekosistem semula jadi terancam akibat pencemaran plastik. 3. Menggalakkan Kelestarian Alam Sekitar β’ Inisiatif ini menyokong pelan kerajaan untuk mencapai sifar penggunaan plastik sekali guna menjelang masa hadapan. β’ Mengurangkan kebergantungan kepada sumber plastik baharu. 4. Meningkatkan Kesedaran Pengguna β’ Mendidik orang ramai tentang impak negatif botol plastik sekali guna. β’ Mendorong perubahan tingkah laku ke arah penggunaan bekas minuman yang boleh diguna semula. Sekretariat Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan menyeru dan mengalakkan masyarakat Labuan yang hadir untuk membawa bekalan air sendiri bagi keperluan semasa. #HSN2025 #KBSMalaysia #jbslabuan #hsnlabuan2025