- JBS WP Labuan
- Hits: 30
7.000 ORANG MEMERIAHKAN DAN MENYERTAI MAJLIS PERASMIAN DAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 30
11 Oktober 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Warga Labuan hari ini turun memberikan sokongan pada pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025.
Berdasarkan rekod penyertaan yang dipantau melalui google form, seramai 23,700 orang telah menyertai aktiviti hari sukan negara bermula dari 10 Obtober lagi. Penyertaan ini melibatkan penganjuran lebih 41 acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk, Agensi Kerajaan dan Swasta, Persatuan-persatuan sukan dan belia dan juga dianjurkan oleh sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd. Husni Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan. Hadir bersama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin Bin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025. ketua-ketua jabatan. pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin persatuan sukan.
Sambutan kali ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai yang merangkumi pelbagai peringkat umur selari dengan hasrat kerajaan "No one left behind".
Terima kasih Warga Labuan, semoga kita terus mampu menjadi rakyat yang aktif dan sihat
