KOMPLEKS SUKAN BELIA & SUKAN W.P.LABUAN, 10 NOVEMBER 2024, ~ Perlawanan Sukan Perpaduan Persahabatan antara Pasukan KBS menentang JBS + PL telah berlangsung semalam di gelanggang Petanque Kompleks Belia dan Sukan W.P.Labuan.
Sebanyak 5 kategori Double Lelaki, Double Perempuan, Mixes Double, Triple Lelaki & Triple Perempuan yang berlangsung semalam. Perlawanan persahabatan ini adalah bagi mengeratkan silaturahim diantara Pegawai Kementerian Belia dan Sukan bersama Perbadanan Labuan serta Jabatan Belia dan Sukan W.P.Labuan.
Kelab Boules Layangan bersama Persatuan Boules W.P.Labuan turut bersama menjayakan program tersebut selaku bahagian teknikal dan pengadilan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 80