- JBS WP Labuan
- Hits: 19
WARGA LABUAN MERIAHKAN DAN MANFAATKAN PROGRAM GENTA PEMERKASAAN EKONOMI BELIA
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
LABUAN, 16 Ogos 2025 - Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia Peringkat W.P. Labuan Tahun 2025 sedang berlangsung di Medan Selera, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program yang akan berlangsung selama 2 hari ini (16 dan 17 Ogos 2025) menyajikan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat bersama-sama dengan Jabatan Pertanian Labuan, KPDN W.P. Labuan, PERKESO Labuan, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, Majlis Belia Labuan dan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan dalam usaha untuk memperkukuh ekonomi belia.
Turut sedang berlangsung Sambutan Minggu Perpaduan dan Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga Peringkat WP Labuan Tahun 2025.