WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 27 FEBRUARI 2019 ~ Beberapa siri Mesyuarat Agung Persatuan (AGM) Belia dan Sukan berlangsung sepanjang minggu lalu. Kelab Scram Rider Motorsports Labuan telah mengadakan mesyuarat agungnya bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Sukan Labuan yang dihadiri bersama Penolong Pengarah Sukan, Dayangku Rahimah Pg Hasan seterusnya memberi kata nasihat dan dorongan agar kelab tersebut terus aktif dalam membudayakan sukan.
Tidak ketinggalan Persatuan Belia turut mengadakan mesyuarat Agung (AGM) dalam membuat perlantikan baru Ahli Jawatankuasa persatuan BELADA ( Persatuan Belia Kampung Sungai Lada) yang turut dihadiri bersama Penolong Pengarah Belia, Bazlina Bte Bakri di Balairaya Kampung Sungai Lada pada 24 Februari yang lalu.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 27 FEBRUARI 2019 ~ Satu perlawanan bolasepak melibatkan pertemuan anatara Pasukan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan menentang Pasukan Ketua-Ketua kampung dan pemimpin masyarakat talah diadakan di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan pada 22 Februari yang lalu.
Jabatan Belia dan Sukan yang bertindak sebagai penganjur perlawanan telah berkerjasama dengan Jabatan Penerangan Labuan dalam menjayakan perlawanan yang penuh harmoni dan mesra tersebut. Antara Objektif sebenar penganjuran adalah mengeratkan hubungan silaturahim khususnya jabatan dan agensi kerajaan di Labuan dengan Pemimpin tempatan selepas sempurnanya perlantikan Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi MPP baru-baru ini.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan memihak pasukan Ketua Jabatan Kerajan dengan 10 gol berbalas 4 (10-0). Antara ketua jabatan yang turut beraksi pada malam tersebut adalam Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan Tuan Hj. Rithuan Ismail, Pengarah JBS Labuan, Mohd Hazzan Dahari, Pengarah Penerangan Supian Musa, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Ismuni, Pengarah Jabatan Koreksional Tuan Raof dan Ketua Polis Labuan Supt. Farid Azri yang masing-masing telah menyumbangkan 1 gol untuk pasukan ketua jabatan. Manakala pasukan ketua kampung dan pemimpin masyarakat pula turut diwakili Ketua Kampung Layangan, Faizal Lakat, Ketua kampung Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek, Ahli Majlis Perbadanan Labuan Dr. Ramli Tahir dan Ketua Kampung Sungai bangat KK Osman yang turut menyumbangkan 1 gol untuk pasukan mereka.
Program Teh Tarik Sembang Santai dan Taklimat Minda turut diadakan sebaik selesai perlawanan tersebut. Dalam ucapannya, Pengarah JBS Labuan Mohd Hazan Dahari berharap kerjasama jabatan, agensi dan kampung-kampung dapat dipergiatkan lagi khasnya dalam membantu perlaksanaan aktiviti belia , sukan dan rakan muda di Labuan. Beliau turut mengedarkan kalendar program JBS sehingga mei 2019.
Sementara itu, Pengarah Penerangan Labuan, Supian Musa dalam ucapan ringkasnya berharap kerjasama sebagai rakan strategik begini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 18 FEBRUARI 2019 ~ Dalam perlaksanaan program-program Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri, satu mesyuarat penyelarasan program-program di bawah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pagi tadi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama pegawai S telah membentangkan kalendar perlaksanaan program bagi tahun 2019.
KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN, 16 FEBRUARI 2019 ~ Lebih 5000 orang telah membanjiri Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan bermula seawal 6.00 pagi dalam menjayakan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan 2019 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019. Yang Berhormat Tuan Haji Khalid BIn Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan Karnival bermula awal pagi sehingga petang. Sebanyak 7 acara diadakan sepanjang hari tersebut yang dimulakan dengan senamrobik pantai bagi pemanasanbadan kepada peserta yang menyertai karnival sehari. Sebanyak 11 aktiviti telah diadakan bagi memenuhi minat pelbagai peringkat lapisan usia dan kaum. Turut diadakan pada hari jumaat sebelumnya adalah acara Dodgeball dan Night Explorace.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 18 FEBRUARI 2019 ~ Dalam memastikan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan 2019 berjalan dengan lancar, mesyuarat dalaman jabatan telah diadakan pada Rabu malam lalu bersama pegawai dan kakitangan jabatan. Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk mendapat maklumbalas daripada pegawai dan kakitangan dalam perlaksanaan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan 2019.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN , 11 FEBRUARI 2019 ~ Pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil berat soal keselamatan dalam perlaksanaan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 Februari nanti. Mohd Hazan Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah mempengerusikan mesyuarat Jatawankuasa Keselamatan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan pada 30 Januari lalu. Pelbagai agensi keselamatan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan telah memberikan kerjasama yang padu dalam kelancaran karnival itu nanti. Keselamatan darat dan Laut telah diseragamkan dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 11 FEBRUARI 2019 ~ Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Perlaksanaan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan pada 16 Februari ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Mesyuarat yang dihadiri oleh Agensi-agensi, Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Perseketuan Labuan dan pengelola acara yang terdiri daripada Ngo- Ngo Sukan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dalam memperhalusi lagi perancangan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019. Sebanyak 6 acara utama akan dijalankan seawal 6.00 pagi di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 16 Februari nanti.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 29 JANUARI 2019 ~ Esport atau Egames kini menjadi trendy untuk golongan anak muda di Malaysia. Dalam membangunkan lagi sukan ini, satu perbincangan Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Faizal, Wakil Esport Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan dalam perancangan menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan salah satu Hub Antarabangsa Sukan E sport pada tahun ini.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 29 JANUARI 2019 ~ Karnival Sukan Wilayah Persekutuan 2019 akan diadakan pada 16 Februari 2019. Dengan kepercayaan daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Jabatan Belia dan Sukan telah diberikan amanah dalam mengadakan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Labuan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini. Satu mesyuarat dalaman dalam penyelarasan acara telah diadakan pada 23 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 6 acara utama akan diadakan pada 16 februari nanti di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.