JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 19 JUN 2019 ~ Semalam, Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima kunjung hormat daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Labuan yang juga merupakan satu-satunya bertaraf sekolah sukan di pulau mutiara ini. Kunjung hormat tersebut diadakan dalam membincangkan beberapa kolaborasi yang dapat dilaksanakan bersama jabatan dalam pembangunan belia itu sendiri dan khusunya kepada pelajar sekolah tersebut. Turut bersama Mohd Raiful Bin Madarun, Penolong Pengarah Bahagian Belia yang akan bersama jabatan untuk meneruskan agenda belia di pulau ini.
- JBS WP Labuan
- Hits: 1152
