BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 18 JULAI 2019 ~ Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) BIl.2/2019 telah diadakan awal pagi tadi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan beberapa ahli mesyuarat yang dilantik untuk meneruskan agenda pada hari ini. Dayangku Rahimah Binti Pg. Hassan, Penolong Pengarah (Sukan) telah menjadi Pegawai Aset Jabatan menggantikan pegawai yang lama selepas berpindah tugas di tempat baru.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 11 JULAI 2019 ~ Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Labuan bersama kakitangannya telah membuat kunjung hormat kepada pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan , Mahanum Binti Fauzi pada 9 Julai yang lalu. Kunjung hormat tersebut turut membincangkan beberapa perkara yang dapat dilaksanakan bersama dalam menyampaikan amanah kepada masyarakat setempat dalam tahun ini. Turut bersama Penolong Pengarah Bahagian Belia dan Penolong Pengarah Bahagian Sukan dalam sama-sama memberi pandangan dan idea bagi kolaborasi akan datang.
TAMAN GANGGARAK LABUAN, 11 JULAI 2019 ~ Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima ahli baru dengan kelahiran cahaya mata daripada saudara Azmi Martin pada bulan jun yang lepas. Dalam kunjungan tersebut, Pengarah Mahanum Binti Fauzi telah selaku penasihat Kelab telah menyampaikan sedikit cenderahai daripada kelab kepada Azmi Martin.
RADIO MALAYSIA LABUAN, 11 JULAI 2019 ~ Satu sesi secara langsung bersama Pengarah, Mahanum Binti Fauzi bersama Radio Malaysia Labuan pada 8 Julai lalu dalam memberi maklumat kepada orag ramai Peranan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dalam memperkasakan Ngos Belia dan Sukan di Wilayah Persekutuan Labuan. Sesi secara langsung tersebut keudara selama 1 jam telah merungkai beberapa persoalan dari penyampai radio dalam memperjelaskan lagi peranan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dalam menyampaikan amanah kepada semua masyarakat di pulau mutiara ini.
BILIK MESYUARAT , JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 28 JUN 2019 ~ Pagi jumaat minggu ini dimulakan dengan bacaan yasin bersama pegawai dan kakitangan dan diteruskan dengan majlis agama tazkira yang bertajuk "Sahsiah Diri Mantap, Kualiti Kerja Hebat' yang disampaikan oleh Ustazah Azliena Binti Md. nor, Guru Kafa & Takmir dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Labuan. Program seperti ini dapat memperbaiki diri kepada semua pegawai dan kakitangan serta kepada semua pekerja Kompleks Sukan Labuan yang menghadiri majlis tersebut sebagai santapan diri dakan memantapkan lagi sahsiah diri.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 26 JUN 2019 ~ semalam, Pengarah, Mahanum Binti Fauzi telah menerima satu kunjung hormat daripada persatuan E sport Labuan. Pertemuan singkat tersebut dalam membincangkan serta memberi pendapat untuk bersama jabatan dalam pembangunan sukan E Sport yang menjadi trendy anak muda pada masa kini dan khususnya kepada belia di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam perbincangan awal, Pengarah bersama jabatan akan terus memberi sokongan kepada ngo belia dan sukan untuk bersama-sama dan seiring dengan pembangunan di pulau mutiara ini.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 26 JUN 2019 ~ satu mesyuarat pengurusan bil 4/2019 telah diadakan semalam yang dipengerusikan oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bagi membincangkan agenda utama jabatan dlaam pembangunan belia, sukan dan Kompleks Sukan Labuan untuk terus memberikan perkhidmatan kepada penduduk labuan dan khususnya kepada semua warga Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat yang ditangguhkan pada 12.50 tengahari tersebut turut membincangkan beberapa perkara dalam perancangan jabatan bagi sambutan Bulan Sukan yang bakal diadakan pada sepanjang Oktober nanti.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 26 JUN 2019 ~ Majlis bersama pelanggan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada isnin lalu di perkarangan pejabat Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Persiapan awal telah diadakan bagi memastikan program bersama pelanggan ini berjalan dengan lancar. Pengarah, Mahanum Binti Fauzi bersama pegawai dan kakitangan telah memberikan layanan baik di sepanjang majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan P.166 bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis sederhana tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan Ngo Sukan serta belia pada hari tersebut.
MENARA PERBADANAN LABUAN, 26 JUN 2019 ~ Ahad lalu ,Jabatan komited dengan pembangunan sukan di pulau mutiara ini dengan menghadiri satu mesyuarat badan sukan bersama ahli parlimen Labuan P.116 Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli di bilik mesyuarat Perbadanan Labuan. Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh yang berhormat dalam membincangkan hala tuju persatuan, kelab, badan sukan di pulau mutiara ini. Pasukan Jabatan turut hadir bersama yang diketuai oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama pasukan Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan.