DEWAN ARENA, BUKIT KUDA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 10 FEBRUARI 2020 ~ Wilayah Persekutuan Labuan telah dijadikan tuan rumah bagi pertandingan Bola Jaring MAKSAK pada kali ini. Peserta yang hadir dari seluruh negara telah berkampung di pulau mutiara ini semenjak khamis lalu. Sekali lagi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diberikan mandat dan kepercayaan dalam melaksanakan majlis Penutupan Bola Jaring MAKSAK bagi tahun ini. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Fary Akmal Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan semalam.
- JBS WP Labuan
- Hits: 687
