JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Mesyuarat pengurusan jabatan bagi bilangan 5/2019 telah diadakan semalam di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengerusi mesyuarat, Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyampaikan beberapa amanat daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada semua pegawai dan kakitangan. Pengerusi turut berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat meneruskan momentum dan menjalankan tugas sebaiknya dalam menyampaikan khidmat sebagai kakitangan awam kepada masyarakat umum dan khasnya kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipengerusikan oleh Rosnani Binti Oyoh telah mengadakan satu perlawanan beregu campuran badminton di dewan badminton, Kompleks Sukan Labuan baru baru ini. Penyertaan yang menggalakkan dikalangan pegawai dan kakitangan serta beberapa rakan dari agensi lain yang telah lama menjalinkan persahabatan bersama jabatan turut bertanding dalam mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pegawai dan kakitangan bersama orang ramai dalam menjayakan agenda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 10 pasukan beregu campuran telah mendaftarkan diri dalam pertandingan tersebut yang diadakan secara kalah mati.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Kelab Tarik Tali Apache, Wilayah Persekutuan Labuan turut tidak ketinggalan bersama Jabatan dalam memanjukan dan membangunkan sukan tersebut di pulau mutiara ini. Satu lawatan kunjung hormat kepada pengarah minggu ini bagi membincangkan beberapa perkara yang dapat diadakan bersama jabatan sebagai rakan kongsi utama untuk pencinta sukan tersebut. Beberapa perancangan turut dibentangkan untuk menarik minat orang ramai bagi sukan tersebut. Turut bersama Daayngku Rahimah Bte Pg. Hassan, Penolong Pengarah Sukan dan pegawai-pegawai pembangunan sukan dalam membantu Ngos Sukan tersebut dalam mengembangkan lagi permainan ini.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Persatuan Kenu Labuan telah membuat satu kunjung hormat kepada Pengarah, Mahanum Binti Fauzi dalam membincangkan beberapa perancangan persatuan tersebut bagi tahun ini. Pengerusi Persatuan, Yunus Bin Waidin telah membentangkan satu rangka perancangan persatuan yang melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai rakan kongsi utama dalam menjayakan beberapa perancangan persatuan dalam membangunkan lagi sukan rekreasi air ini khas kepada penduduk di pulau Mutiara ini.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Program Agro tech Usahan Muda yang diadakan kali ini telah memberi kesan kepada semua peserta yang hadir. seramai 30 orang peserta telah menamatkan kursus ini yang diadakan selama 3 hari di Kompleks Sukan Labuan. Menurut pegawai pelaksana, Zulhairi Isnean, Pegawai Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, program seperti ini perlu diteruskan dalam membantu belia yang berminat dalam bidang pertanian untuk diusahakan dalam pembangunan belia itu sendiri. Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah merasmikan majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta yang menamatkan kursus tersebut. Program yang mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian Labuan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 29 JULAI 2019 ~ Satu mesyuarat penyelarasan 3 Trails Edisi 3 /2019 yang dianjurkan oleh JHK Events telah diadakan jumaat lalu di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program tahunan tersebut. Program yang akan diadakan pada 4 Ogos ini telah mendapat sambutan yang hangat seperti 2 edisi sebelumnya. Menurut pengarah program, Jamil Hj Kario, program ini merupakan salah satu inisiatif ngo tempatan dalam memperkenalkan lagi Pulau Labuan ini dan sekaligus membantu meningkatkan ekonomi tempatan. Program yang bakal diadakan ini telah menerima hampir 300 penyertaan dari dalam dan luar Wilayah Persekutuan Labuan.
KOMBES PUTATAN SABAH, 22 JULAI 2019 ~ Program APR Associate Trainer Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah dihadiri oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama badan Ngos dan Sukarelawan dari seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada minggu lalu. Program yang dilaksanakan 3 hari itu bertujuan untuk melatih peserta yang akan menjadi mentor kepada anak muda dalam penglibatan belia pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Peserta juga telah didedahkan beberapa simulasi keadaan hari sebenar pengundian.
KOMBES PUTATAN SABAH, 22 JULAI 2019 ~ Persahabatan yang terjalin erat antara Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah sejak dulu lagi telah mengukuhkan lagi organisasi dalam perlaksanaan pelbagai aktiviti bersama. Kali ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan telah bertandang ke Negeri Sabah dalam mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan seperti Bola Tampar Campuran dan Badminton Lelaki dan Wanita pada sabtu lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Putatan, Sabah. Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan merangkap Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan telah memberi sokongan padu kepada pasukan yang berlawan dalam mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan bagi dua negeri ini. Turut hadir dan menyahut cabaran, Mohd Mazlan Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dalam perlawanan persahabatan badminton lelaki pada hari tersebut.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 22 JULAI 2019 ~ Sesi taklimat kepada peserta kursus Youth Agrotech yang diadakan minggu lalu bakal disertai oleh 30 orang peserta sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Program anjuran Cawangan Pembangunan Ekonomi,Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Labuan julung kalinya akan di adakan di Kompleks Sukan Labuan pada penghujung Julai ini. Menurut pegawai program Zulhairi Bin Isnean, Pegawai Pemgbangunan Ekonomi, program yang bakal diadakan ini mendapat sambutan ramai oleh belia yang berumur 17 - 40 tahun yang mempunyai minat dalam bidang pertanian agro usaha tani.