KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 6 DISEMBER 2019 ~ Kursus Marshal 2019 yang diadakan semalam telah dihadiri seramai 50 orang peserta. Kursus singkat ini adalah bertujuan untuk melatih dan mendidik pencinta sukan permotoran 2 roda dan 4 roda berkenaan peraturan perlumbaan dan konvoi dalam aktiviti permotoran sehingga ke peringkat luar negara. 4 orang penceramah dibawa khas dalam perkongsian ilmu sepanjang hari semalam. Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Dayangku Rahimah Binti Pg. Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau berucap agar program seperti ini akan dapat diteruskan bagi mempertingkatkan pengetahuan berkenaan peraturan dan undang-undang dalam sukan permotoran 2 roda dan 4 roda.
DATO' SRI BADMINTON COURT (DSBC), WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 6 DISEMBER 2019 ~ Kem Bakat Badminton KBS Nusa Mahsuri melabuhkan tirainya ahad lalu selepas berkampung di pulau mutiara ini. Program tahunan bagi mencungkil bakat peserta yang berumur 12 tahun dan ke bawah untuk diketengahkan menjadi atlet-atlet negara pada masa akan datang. Pasukan Nusa Mahsuri yang diketuai oleh Dato' Seri Hj. Jalani Sidek telah melatih dan berkongsi ilmu kepada peserta di Wilayah Persekutuan Labuan dan diseluruh negara bermula awal tahun lagi. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Cik Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam ucapan beliau, pengarah berharap agar satu masa nanti lahirnya seorang pemain negara dari pulau mutiara ini dan seterusnya mengharumkan nama negara dipersada dunia.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 15 NOVEMBER 2019 ~ Program Kecergasan Let's Get Fit@KBS Siri 1 Sesi 9 telah diadakan rabu lalu bersamaan dengan13 November 2019. Program yang berbaki 1 sesi lagi akan berakhir pada minggu hadapan. Penyertaan program ini memuaskan dengan penglibatan jurulatih terlatih dalam mengekal gaya hidup sihat kepada penggemar-penggemarnya.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 15 NOVEMBER 2019 ~ Program Kecergasan Fitness Together Suku Tahun Ke 2 telah melabuhkan tirainya. Sesi 10 telah diadakan pada rabu lepas dengan penyertaan lebih 50 orang bagi sesi terakhir tersebut. Program yang telah diadakan bermula September lalu telah mendapat sambutan yang memberansangkan dalam menggalakkan kepada rakyat tempatan terus bergiat aktif dalam sukan dan kecergasan. Seramai 5 orang peserta yang telah menunjukkan prestasi dalam mencapai berat badan dan BMI yang sesuai telah menjadi contoh kepada peserta-peserta yang lain.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ~ Kursus Asas Keselamatan Perlindungan Jabatan diadakan semalam yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan tetap jabatan. Kursus sehari tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu keselamatan dalaman jabatan bagi memperingati agar setiap pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah termaktub selama ini.
Kompleks Sukan Labuan,15 November 2019 ~ Program Inspire iTrain yang berlangsung selama 2 hari telah melabuhkan tirainya semalam. Seramai 47 orang peserta dengan penglibatan hampir seratus orang termasuk jurulatih dan pengiring telah menjayakan program ini. Dengan pencarian bakat untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan bagi Para Sukma 2020 Johor, beberapa bakat baru telah berjaya diketengahkan. Sebanyak 5 jenis sukan telah diadakan bermula dari Badminton, Ping Pong, Renang, Olahraga dan Lawn Bowls. Disamping itu juga,program ini diadakan bagi menjadikan gaya hidup sukan kepada golongan orang kurang upaya ini. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Cik Dayangku Rahimah Binti Pg. Hassan, Penolong Pengarah Sukan mewakili pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 4 NOVEMBER 2019 ~ Jumaat lalu, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk membuat satu sesi bersama pelajar berkenaan Kecergasan di sekolah tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau sekali lagi telah menjemput Jabatan untuk memberi seminar dan sesi kecergasan kepada pelajar PT3 mereka. Sesi selama 2 jam tersebut telah digunakan sepenuhnya bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar tersebut. Jabatan yang diketuai Cik Dayangku Rahimah Binti Pg. Hassan, Penolong Pengarah (Sukan) bersama unit Sukan pada hari tersebut telah berkongsi maklumat berkaitan
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 15 OKTOBER 2019 ~ Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan di bawah cawangan pembangunan Kecergasan ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Program yang diadakan sebanyak 10 sesi ini telah dihadiri seramai 75 orang. Baru-baru ini, sesi 7/2019 telah diadakan di dewan badminton Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Instruktur telah memberikan ilmu kepada semua peserta agar dapat terus kekal cergas dalam mengadakan semua aktiviti kecergasan dalam menjadikan masyarakat berbudaya sukan (Sporting Nations).
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 15 OKTOBER 2019 ~ Pasukan bolasepak campuran pilihan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendapat naib juara di kejohanan Bola Sepak Maksak yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pasukan yang diketuai oleh Mohd Raiful, Penolong Pengarah Belia telah membawa nama jabatan dalam pertandingan tersebut. Perlawanan akhir diantara pasukan Penjara Labuan menentang JBS Labuan telah dimenangi oleh pasukan penjara dengan gol padang 2 -1.