BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 9 JANUARI 2020 ~ Persatuan Petanque Labuan yang baru disahkan pendaftarannya telah membuat kunjung hormat kepada Pengarah, Cik Mahanum Binti Fauzi sebentar tadi di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Kunjung hormat tersebut adalah membincangkan beberapa perkara dalam pembangunan sukan ini dan perancangan persatuan dalam memperkenalkan lagi sukan ini kepada masyarakat di pulau mutiara ini.
- JBS WP Labuan
- Hits: 576
