- JBS WP Labuan
- Hits: 594
LATIHAN ONLINE LATIHAN SUKAN ALA PARALIMPIK BAGI ATLET PARA SUKMA W.P.LABUAN 2021
Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) W.P. Labuan akan menganjurkan Pertandingan _Online_ Latihan Sukan Ala Pandemik Bagi Atlet Para SUKMA W.P. Labuan 2021 pada 19 September 2021 (Ahad).
Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Encik Mohammad Syahffie Bin Haji Japril, program ini dilaksanakan sebagai inisiatif jabatan dan sokongan padu PESRON Labuan dalam memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan pengerak sukan OKU di wilayah ini menjalankan aktiviti serta latihan dalam tempoh pandemik COVID 19 yang cukup mencabar.
Menariknya, selain dari pertandingan _Online_ dan klinik bocce, program ini julung kali menampilkan Pemenang Pingat Emas Paralimpik Tokyo, Encik Bonnie Bunyau Gustin yang akan berkongsi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam program berkenaan. Diharapkan program ini bukan sahaja memberi ruang kepada perkongsian pengalaman tetapi ianya juga dapat memberi suntikan semangat kepada atlet para SUKMA di Wilayah ini.

- JBS WP Labuan
- Hits: 594




