- JBS WP Labuan
- Hits: 1254
SUKARELAWAN MYVAC LABUAN SIAP SEDIA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 28 April 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah dilantik untuk menyelaras dan menyelia sukarelawan bukan kesihatan MyVac (Malaysia Vaccine Support Volunteers) di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Seramai 64 orang telah mendaftar di dalam sistem MyVac yang telah dibangunkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan 45 sukarelawan telah menerima Surat Tawaran Pelantikan daripada Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan melengkapkan profil dalam sistem MyVac.
Penugasan sukarelawan MyVac WP Labuan telah bermula dalam Fasa 2 pada 19 April yang lepas yang menyasarkan golongan warga emas, pesakit kronik, OKU dan anggota yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan Covid-19.
Pihak Jabatan menyeru lebih ramai lagi individu yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi sukarelawan MyVac bagi menampung keperluan penugasan di lain-lain PPV yang akan dibuka kelak.
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Penyelaras MyVac WP Labuan di talian 013-8560505.


- JBS WP Labuan
- Hits: 1254






