W.P. LABUAN, 10 Julai 2021 - Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1, Peringkat W.P. Labuan telah berjaya dilaksanakan secara virtual melalui aplikasi Google Meet. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi melatih dan memberi penerangan kepada peserta dan pemimpin mengenai tatacara melaksanakan program ARPRM. Program yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award ini adalah program pembangunan karakter belia tanpa mengira latar belakang termasuk golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training). Kursus yang terhad kepada 30 orang peserta ini telah disampaikan oleh En. Ravichandran A/L Balasubramaniam, atau lebih dikenali sebagai Ravi, CEO of DOE Malaysia, juga salah seorang Panel Of Expert yang dilantik oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta merangkul Anugerah Ikon Belia tahun 2019. Majlis Pentauliahan dan Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Haji Japril.
W.P. LABUAN, 11 Julai 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Haji Japril telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2, Peringkat W.P. Labuan.Kursus yang dilaksanakan secara virtual melalui aplikasi Google Meet ini adalah kesinambungan daripada Kursus Siri 1 yang telah diadakan pada 10 Julai 2021. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi melatih dan memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara melaksanakan program ARPRM. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Hazrul Hafizi Abd Halim yang merupakan Presiden Malaysia Gold Award Association (MAAGA). Beliau juga merupakan salah seorang pemegang pingat Emas The Duke Of Edinburgh's International Award pada tahun 2009. Para peserta kursus ini merupakan golongan belia yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang komponen ARPRM dan bukan sahaja dari W.P. Labuan, tetapi juga dari seluruh negara termasuk dari negara Brunei.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 22 Jun 2021 - Jabatan Belia dan Sukan di bawah Unit Pembanguan Ekonomi telah menyampaikan sumbangan berupa 32 kg sayur-sayuran segar kepada Bahagian Dietetik dan Sajian, Hospital Nukleus Labuan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah JBS Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Hj. Japril, diiringi oleh En. Mohd. Raiful bin Madarun (Penolong Pengarah) dan Pn. Sainati binti Latip (Pegawai Pembangunan Ekonomi). Kebun sayur yang dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan JBS Labuan ini adalah program di bawah PENJANA melalui Jabatan Pertanian Labuan. Sehingga kini, kebun sayuran dengan konsep fertigasi ini telah menghasilkan kira-kira 200kg terung, timun dan cili.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 19 JUN 2021 ~ Kompleks Sukan Labuan sekali lagi telah diberikan ruang untuk dijadikan kawasan Annex 17 yang telah ditetapkan oleh CPRC Wilayah Persekutuan Labuan. Dewan Badminton Kompleks telah digunapakai sebagai tempat utama bagi individu yang akan melakukan Swab Test kali kedua. Ini sekaligus telah membantu pihak KKM Labuan dalam memastikan kawasan yang digunakan selamat dan selesa. Tempat sediada sebelum ini agak sesak dengan kenaikan kes di pulau yang kecik ini secara mendadak.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 19 JUN 2021 ~ KOMPLEKS SUKAN LABUAN telah dijadikan pusat tambahan bagi pemotongan gelang annex 14 yang telah bermula pada 5 jun yang lalu. Pengarah, Encik Mohammad Syahffie Bin Haji Japril telah memberikan kebenaran agar kawasan Kompleks Sukan Labuan digunakan bersama dengan agensi kerajaan yang lain bagi memudahkan orang ramai serta frontliner yang bertugas.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 10 MEI 2021 ~ 7 Mei lalu, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di Padang Sintetik , Kompleks Sukan Labuan. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahum diantara agensi-agensi kerajaan sekitar pulau mutiara ini. Perlawanan persahabatan semalam bermula dengan JBS W.P. Labuan ( pilihan) menentang pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarah, Encik Mohammad Syahffie Bin Haji Japril turut turun padang bermain sebagai pemain hadapan bagi pasukan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perlawanan persahabatan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengeratkan silaturahim bersama agensi-agensi kerajaan yang lain pada masa akan datang.
JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P. LABUAN, 6 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadhan 1442H ~ Sempena bulan Ramadhan yang barakah, satu sesi kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS) bersama barisan Kepimpinan Majlis Belia Labuan (MBL) diadakan pada jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira jam 11.40 malam bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan dengan mengambil semangat segalanya bermula dengan niat menjadikan kerja itu sebahagian daripada ibadah. Begitu juga pembetulan niat setiap kali kita bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)
Sesi perkongsian ini dihadiri oleh Presiden MBL, En Abdul Mutalib bin Sahari bersama barisan kepimpinan tertinggi MBL. Turut hadir Penolong Pengarah Belia, En. Mohd Raiful bin Madarun serta Pegawai di Bahagian Belia JBS W.P. Labuan.
Tuan Pengarah En. Mohammad Syahffie bin Haji Japril melahirkan hasrat dan harapan agar Kepimpinan Belia khususnya di W.P. Labuan menjadi tonggak dan contoh kepada para belia didalam mendepani Pandemik Covid-19 dan cabaran pembangunan belia.
Semoga di 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini kita semua mendapat keampunan dan dimakbulkan doa olehNYA.
Bulan Ramadan adalah bulan yang mana Nabi S.A.W. akan tingkatkan amalan dan ibadah Baginda khususnya apabila tiba 10 malam terakhir. Ini ternyata apabila Umm al-Mukminin Aisyah R.A. meriwayatkan perlakuan Nabi S.A.W. ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata :
Maksudnya :” Nabi S.A.W. apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
Hospital Membedai, Wilayah Persekutuan Labuan, 5 Mei 2021 ~ Seramai 14 orang Warga Kerja Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk Pengarah telah mengambil suntikan dos pertama Vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Membedai W.P. Labuan.
Ia dilakukan bagi menyahut seruan Kerajaan dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
Vaksin bagi dos kedua dijadualkan pada 24 Mei 2021 di klinik kesihatan yang sama.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 28 April 2021 - Sesi 1 Klinik Al-Fatihah dan Hafazan Surah Lazim Program Rakan Muda Ramadhan 1442H telah berlangsung hari ini secara atas talian.
Sesi 1 Klinik Al-Fatihah telah disertai 14 org peserta dan dibimbing oleh Ustaz Syahnon bin Othman manakala Sesi 1 Hafazan Surah Lazim disertai 10 org peserta dan dibimbing oleh Ustaz Zulkarnain bin Ali dan Ustaz Syahnon bin Othman.Sesi lain akan dilaksanakan pada 25 April, 1 dan 2 Mei 2021.