WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 24 MEI 2022 ~ Seramai 56 org peserta menyertai Fit @ Labuanku (Siri 1) bertempat Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun. Program ini anjuran Persatuan Sukan Kecergasan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Kerjasama jabatan ini mendapat sambutan hebat dikalangan warga Labuan. Sambutan hari raya dan majlis-majlis rumah terbuka tidak menghadkan masyarakat utk terus menjalankan aktiviti sihat.
ERBADANAN LABUAN, 17 MEI 2022 ~ Majlis Kunjung Hormat Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan yang diketuai oleh Encik Mohammad Syahffie Bin Japril, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd Ismail dalam mengeratkan lagi silaturahim antara agensi Kerajaan yang ada di pulau mutiara ini.
Perjumpaan ini turut dihadiri Encik Zulhelmi , Pegawai Sukan Daripada Majlis Sukan Labuan dalam membincangkan pembangunan sukan di pulau ini. Disamping itu juga, perjumpaan ini terus membincangkan pertandingan “Malaysia Sports League” (MSL) anjuran Kementerian Belia & Sukan Malaysia sepanjang Jun - Julai 2022.
Sebanyak 5 acara akan dipertandingkan diperingkat negeri iaitu Badminton, Futsal, Bola Keranjang, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Setiap pasukan yang menjuarai setiap acara sukan ini secara automatik akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan di pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Ogos nanti.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 26 April - Sekitar kerja-kerja semasa Projek Naiktaraf Kompleks Sukan Labuan yang dijalankan di kawasan Stadium yang merangkumi padang bola sepak, trek 400 meter dan Astaka. Projek ini dijangka siap pada tahun 2024.
KAMPUNG LAYANGAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN,24 April 2022 ~ KEBAL telah berjaya menganjurkan program Ihya Ramadhan iaitu agihan lemang dan rendang bertempat di hadapan balairaya Kg. Layangan.
Dalam program ini beberapa pemimpin masyarakat turut hadir iaitu Ahli Parlimen Labuan, Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli,Tuan Haji Hamir Zahari Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, En. Mohamad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah JBS Labuan, Ketua Kg. Layangan En. Lamat Tahir dan En. Abdul Mutalib bin Sahari, Presiden Majlis Belia Labuan.
Sebanyak 200 bungkus lemang dan rendang telah diedarkan semasa program yang julung kali diadakan oleh kelab belia tersebut pada fasa peralihan endemik ini.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN,27 April 2022 bersamaan 25 Ramadhan 1443H ~ Bermula pada 4 Ramadhan peserta Program Rakan Muda Ramadhan dengan bimbingan Ustaz Saifulizzan dan Ustazah Rohani diadakan di Surau Al Marjan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program ini bertujuan mendekatkan golongan belia dengan Al Quran dan mengimarahkan lagi bulan Ramadhan. Dengan kerjasama Sekolah Sukan Negeri Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara dan Majlis Belia Labuan.
Majlis Khatam Al Quran telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
KAMPUNG BUKIT KUDA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 24 April 2022- Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli bersama- sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan En. Mohd Syahffie bin Hj. Japril , Presiden MBL En. Abdul Mutalib bin Sahari dan ahli- ahli PBBBK telah menyampaikan juadah berbuka puasa secara pandu lalu bertempat di hadapan gerai Kg. Bukit Kuda.
Diharapkan program seumpama ini akan memberi kesedaran kepada belia betapa pentingnya amalan sedekah di bulan ramadhan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Kg.Tanjung Aru Labuan, 24 April 2022 - Kelab Belia Tanjung Aru yang diketuai oleh En. Anas sebagai pengerusi bersama barisan kepimpinannya yang baharu, buat julung kalinya telah menganjurkan program Ihya Ramadhan bertempat di balai raya Kg. Tanjung Aru Labuan.
Dalam program tersebut, seramai 30 orang penduduk kampung yang terpilih telah menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Dzulfaizal bin Ab. Manan selaku Pengerusi MPP Labuan mewakili Senator Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias.
Turut hadir dalam program ini ialah En. Mohd Syahffie bin Hj. Japril (Pengarah JBS), En. Abdul Mutalib bin Sahari (Presiden MBL) dan Tn. Haji Harun (Ketua Kg. Tanjung Aru).
W.P. Labuan, 17 April 2022 - Seramai lebih kurang 40 orang belia telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KEBAL bagi tahun 2022 di Hotel Tiara Labuan.
Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan tahunan dan pembentangan cadangan program akan datang daripada ahli jawatankuasa kelab selain daripada pemilihan AJK baru Kelab.
Sejurus MAT ini selesai, acara dilanjutkan dengan majlis berbuka puasa. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai-pegawai dari JBS W.P. Labuan, En. Abdul Mutalib bin Sahari, Presiden MBL dan Tuan Hj. Lamat bin Tahir, Ketua kampung Layang-Layangan.
Kg.Pohon Batu Labuan, 15 April 2022 - Seramai 40 orang belia telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan GABPOBA bertempat di balai raya Kg. Pohon Batu.
MAT kali ini diadakan bagi membuat pemilihan barisan baharu kepimpinan GABPOBA yang akan menyambung legasi AJK sebelum ini. MAT bermula seusai ibadah solat sunat tarawih selesai di kawasan tersebut.
Hadir sama sebagai pemerhati pada majlis ini ialah En. Mohd. Raiful Bin Madarun , Penolong Pengarah 1 JBS Labuan, En. Abdul Mutalib Bin Sahari, Presiden Majlis Belia Labuan dan En. Haryadi Bin Omar, Ketua Kampung Pohon Batu , W.P. Labuan.