JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P. LABUAN, 6 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadhan 1442H ~ Sempena bulan Ramadhan yang barakah, satu sesi kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS) bersama barisan Kepimpinan Majlis Belia Labuan (MBL) diadakan pada jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira jam 11.40 malam bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan dengan mengambil semangat segalanya bermula dengan niat menjadikan kerja itu sebahagian daripada ibadah. Begitu juga pembetulan niat setiap kali kita bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)
Sesi perkongsian ini dihadiri oleh Presiden MBL, En Abdul Mutalib bin Sahari bersama barisan kepimpinan tertinggi MBL. Turut hadir Penolong Pengarah Belia, En. Mohd Raiful bin Madarun serta Pegawai di Bahagian Belia JBS W.P. Labuan.
Tuan Pengarah En. Mohammad Syahffie bin Haji Japril melahirkan hasrat dan harapan agar Kepimpinan Belia khususnya di W.P. Labuan menjadi tonggak dan contoh kepada para belia didalam mendepani Pandemik Covid-19 dan cabaran pembangunan belia.
Semoga di 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini kita semua mendapat keampunan dan dimakbulkan doa olehNYA.
Bulan Ramadan adalah bulan yang mana Nabi S.A.W. akan tingkatkan amalan dan ibadah Baginda khususnya apabila tiba 10 malam terakhir. Ini ternyata apabila Umm al-Mukminin Aisyah R.A. meriwayatkan perlakuan Nabi S.A.W. ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya :” Nabi S.A.W. apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
Riwayat al-Bukhari (2024).

- JBS WP Labuan
- Hits: 784








