W.P. Labuan, 3 September 2021 - Encik Mohammad Syahffie Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P. Labuan telah mengadakan perbincangan khas bersama Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Labuan), En. Zulhelmi Bin Amran yang turut disertai oleh Pn Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) JBS W. P. Labuan dan semua Pegawai Bahagian berkenaan.
Antara agenda penting yang menjadi keutamaan dalam perbincangan tersebut ialah penyelarasan program rentas jabatan selain menilai beberapa keperluan khususnya pembangunan sukan di W.P. Labuan.
Selain itu, menerusi perbincangan ini diharapkan perencanaan masa depan pembangunan sukan di wilayah ini dapat dilakukan secara holistik dengan penglibatan secara bersama.
W.P. LABUAN, 2 SEPTEMBER 2021 - Program Kuiz Kemerdekaan telah diadakan 31 Ogos yang lalusecara virtual melalui Google Meet dan Aplikasi Quizzy.
Seramai 78 peserta telah menyertai pertandingan Kuiz Kemerdekaan ini yang bertemakan Pengetahuan Am dan Kenegaraan.
Program telah dijayakan oleh Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P. Labuan.
Objektif utama penganjuran program adalah untuk menanam semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan peserta khususnya generasi muda di W. P. Labuan.
Selain itu, program ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan sejarah negara.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah JBS W.P. Labuan, En. Mohd Raiful bin Madarun.
W.P. LABUAN, 1 September 2021 - Encik Mohammad Syahffie Haji Japril, Pengarah dan seluruh Warga Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dalam respon pantas hari ini berbangga dengan Pencapaian Chew Wei Lun, Atlet Boccia Negara di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang telah berjaya memenangi Pingat Perak dalam Kategori Mix Individual BC1.
Kegembiraan ini juga turut dikongsi oleh Cik Mastijah Insuin yang bertanggungjawab dalam Unit Penggalakkan dan Pembangunan Sukan OKU, JBS W.P. Labuan. Beliau dalam satu kenyataan menerangkan kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan tetapi sangat membanggakan warga W.P. Labuan khususnya dan negara secara amnya.
Sebagai rekod, warga W.P. Labuan juga turut berbangga di atas pencapaian Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) W.P. Labuan, Mr. Wong Foo Leong yang turut berada di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo kali ini selain bertugas sebagai Technical Official Sukan Boccia, Boccia International Sport Federation.
W.P. Labuan, 7 Ogos 2021 - Seramai 176 orang belia telah menyertai webinar “Sosial Entreprenuership Let Start Up” Anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan melalui medium Google Meet.
Program ini adalah kerjasama Bahagian Rakan Muda JBS Labuan dengan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda. Antara objektif pelaksanaan webinar ini ialah bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial Kelab Rakan Muda yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat.
Terdapat 4 modul yang telah disampaikan melalui webinar ini iaitu Peluang Perniagaan, Pengurusan & Kewangan, Imej dan Penjenamaan serta Perkongsian Pengalaman. Penceramah terdiri daripada Dr. Sharinah Puasa (Pensyarah Kanan Perakaunan UMSKAL), En. Jasron bin Jasnor (Delegasi Xarra Resources) dan En. Mohd Sahadan bin Yusop (Sdwan Enterprise).
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
W.P. Labuan, 8 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS) iaitu En. Mohamad Syahffie bi Haji Japril telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup webinar “Tadbir Urus Organisasi Kelab Rakan Muda Yang Cekap” anjuran JBS dengan kerjasama Persatuan Belia dan Beliawanis Sungai Lada (BELADA) melalui platform Google Meet. Tujuan utama pelaksanaan webinar ini ialah untuk memberi pendedahan dan membimbing peserta dalam urus tadbir pertubuhan dan memberi pendedahan serta membimbing peserta dalam urus tadbir pertubuhan belia.
Seramai 208 orang telah mendaftar dalam webinar ini yang mana peserta bukan sahaja dari Pulau Labuan tetapi Sabah dan Semenanjung. Penceramah terdiri daripada Pn. Suzirani bt. Muamat (Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Cawangan Sabah), En. Mohammadthir bin Malik (Naib Presiden 1 Majlis Belia Labuan), En. Mohd Rezuan bin Md Nawawi (Mantan Presiden Majlis Belia Labuan) dan En. Mohd Dzulfaizal Ab. Manan (Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk W.P. Labuan / Mantan Presiden Majlis Belia Labuan). Antara topik yang telah disampaikan melalui webinar ini ialah Ciri-Ciri Kepimpinan Yang Unggul, Penyediaan MYKD Yang Cekap, Imej dan Penjenamaan Organisasi, serta Perkongsian Pengalaman.
Turut hadir semasa Majlis Perasmian Penutup ini ialah En. Mohd Raiful Madarun, (Penolong Pengarah JBS Labuan), En. Mohd Dzulfaizal Ab. Manan (Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk W.P. Labuan / Mantan Presiden Majlis Belia Labuan), En. Abdul Mutalib bin Sahari (Presiden Majlis Belia Labuan dan En. Faridzuan bin Abd. Harah (Pengerusi Persatuan BELADA).
W.P. LABUAN, 27 Julai 2021 - Program Rakan Muda Klik telah diadakan secara virtual melalui Google Meet dan Aplikasi Kahoot pada 15 Julai yang lalu. Dalam program ini, pertandingan kuiz bertemakan pengetahuan am dan kenegaraan telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan (JBSWPL) dengan kerjasama Kelab Belia Kg. Sg. Labu (BELA).Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan generasi muda bagi mentransformasikan nilai-nilai demokrasi. Selain itu, ia juga bagi meningkatkan jatidiri dan semangat kenegaraan dalam diri peserta disamping mengisi masa lapang dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) - Fasa 1 khususnya di W.P. Labuan dengan aktiviti bermanfaat.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah JBS W.P. Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Haji Japril.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 27 JULAI 2021 ~ Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli turut memberi sumbangan bakul makanan kepada warga belia yang terjejas di pulau mutiara ini. Melalui Majlis Belia Labuan, bakul makanan ini telah disalurkan dengan tepat dimana pihak Majlis Belia Labuan turut bersama memberi info dan menghantar sendiri bakul makanan tersebut di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
W.P. LABUAN, 10 Julai 2021 - Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1, Peringkat W.P. Labuan telah berjaya dilaksanakan secara virtual melalui aplikasi Google Meet. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi melatih dan memberi penerangan kepada peserta dan pemimpin mengenai tatacara melaksanakan program ARPRM. Program yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award ini adalah program pembangunan karakter belia tanpa mengira latar belakang termasuk golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training). Kursus yang terhad kepada 30 orang peserta ini telah disampaikan oleh En. Ravichandran A/L Balasubramaniam, atau lebih dikenali sebagai Ravi, CEO of DOE Malaysia, juga salah seorang Panel Of Expert yang dilantik oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta merangkul Anugerah Ikon Belia tahun 2019. Majlis Pentauliahan dan Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Haji Japril.
W.P. LABUAN, 11 Julai 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Mohammad Syahffie Bin Haji Japril telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2, Peringkat W.P. Labuan.Kursus yang dilaksanakan secara virtual melalui aplikasi Google Meet ini adalah kesinambungan daripada Kursus Siri 1 yang telah diadakan pada 10 Julai 2021. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi melatih dan memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara melaksanakan program ARPRM. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Hazrul Hafizi Abd Halim yang merupakan Presiden Malaysia Gold Award Association (MAAGA). Beliau juga merupakan salah seorang pemegang pingat Emas The Duke Of Edinburgh's International Award pada tahun 2009. Para peserta kursus ini merupakan golongan belia yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang komponen ARPRM dan bukan sahaja dari W.P. Labuan, tetapi juga dari seluruh negara termasuk dari negara Brunei.