2 November 2022- Atlet acara powerlifting (senior men 54kg) Rafli Suhaili (Jambul) memperolehi pingat gangsa dan penyumbang pingat pertama untuk Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan.
Syabas dan Tahniah, semoga menjadi pembakar semangat bagi Kontinjen menambahkan lagi kutipan pingat.
1 NOVEMBER 2022- Sukan Para Sukma Edisi Ke-20 MSN 2022 telah membuka tirainya pada Upacara Perasmian Pembukaan Temasya bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City. Majlis disempurnakan oleh Tun Jeanne Abdullah selaku Penaung Majlis Paralimpik Malaysia.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ti Lian Ker, Ketua Setiausaha KBS YBhg. Dato' Janasanthiran Muniayan dan dif-dif jemputan.
Temasya Sukan Para Sukma XX MSN 2022 akan berlangsung pada 1 hingga 6 November 2022 yang turut mempertandingkan 10 jenis sukan dengan 264 acara dan akan berlangsung di 4 Zon di sekitar Lembah Klang dengan penyertaan seramai 15 Kontinjen yang bersaing untuk edisi kali ini.
31 OKTOBER 2022-Majlis Selamat Datang dan Menaikkan Bendera Kontinjen PARA SUKMA XX MSN 2022 telah berlangsung di Dewan Banquest Casa 4 MSN. Sambutan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniyan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku Pengerusi Pengelola PARA SUKMA XX MSN 2022. Turut hadir Tuan Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan selaku CDM Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan serta atlet dan pegawai kontinjen.
Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan turut menyertai 8 acara sukan iaitu sukan Olahraga, Badminton, Renang, Lawn Bowls, Powerlifting, Boccia, Bowling dan Ping Pong. Diharapkan Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan akan beroleh kejayaan bagi memburu kilauan pingat dalam Kejohanan PARA SUKMA XX MSN 2022 yang akan berlangsung pada 1 sehingga 6 November 2022.
30 Oktober 2022- Kontinjen Para Sukma Wilayah Persekutuan Labuan akan menyertai Temasya Para Sukma XX MSN 2022 pada 1 hingga 6 November 2022 dengan menghantar penyertaan seramai 51 orang Kontinjen Para SUKMA 2022 yang terdiri daripada 29 orang atlet dan 22 orang Pegawai (Pengurus/Jurulatih/Klasifier dan Pegawai JBS Labuan).
Wilayah Persekutuan Labuan mensasarkan 4 emas melalui acara Badminton, Boccia, Powerlifting dan Lawn Bowls. Kontinjen ini akan menyertai 8 acara sukan iaitu Powerlifting, Badminton, Ping Pong, Renang, Olahraga, Lawn Bowls, Bowling dan Boccia.
Selamat bertanding buat para atlet dan semoga beroleh kejayaan dengan kembali membawa sinar emas buat W. P. Labuan??
Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan ke Para SUKMA 2022 dan Simbolik Penyerahan Bendera Kontinjen.
Jabatan ini akan menghantar seramai 51 org Kontinjen Para SUKMA 2022 yang terdiri dari 29 atlet, 22 org Pegawai (Pengurus/ Jurulatih/ Klasifier dan Pegawai JBS Labuan). WP Labuan mensasarkan 4 emas melalui acara Badminton, Boccia dan Lawn Bowls.
Kontinjen ini akan menyertai 8 acara sukan iaitu Powerlifting, Badminton, Ping Pong, Renang, Olahraga, Lawn Bowls, Bowling dan Boccia.
Kontinjen ini akan berangkat pada 30 Oktober 2022 dan akan balik pada 7 November 2022. Doakan pemergian mereka kembali membawa sinar emas buat WP Labuan
Labuan 22 Okt 2022 - ??? ????? ????? @??? ????????? ??????? ??????????? ?????? - ???? ? bertempat di Dataran Anggerik Ujana Kewangan dengan kerjasama Hospital Labuan Financial Park Labuan Sekretariat Rakan Muda Labuan UMSKAL telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh masyarakat labuan dengan Penyertaan seramai 116 org.
Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan W.P.Labuan mengucapkan ribuan Terima kasih dan Penghargaan di atas sumbangan semua pihak dalam menjayakan program ini.
LABUAN, 19 Oktober - Satu perlawanan persahabatan di antara pasukan All-Star JBSWPL menentang Belia Kampung Patau-Patau 2 telah berlangsung malam tadi di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.
Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai inisiatif bagi mengeratkan hubungan di antara pihak Jabatan dan belia-belia di Labuan.
Aksi sengit berbalas serangan di antara kedua pasukan berakhir dengan keputusan seri 2-2.
LABUAN, 3 Oktober - Program Malaysia Little League (MiLL) Peringkat W.P. Labuan anjuran JBS W.P. Labuan bersama Jabatan Pendidikan W.P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) telah dilaksanakan pada 30 September 2022 sehingga 1 Oktober 2022 bertempat di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan dan Padang SK Layang-Layangan, W.P Labuan.
Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:
Kategori U12
Johan: SK Tanjung Aru
Naib Johan: SK Bukit Kalam
Ketiga (bersama): SK Pantai & SK Pekan 2
Kategori U16
Johan: SMK Labuan
Naib Johan: SMK Rancha-Rancha
Ketiga (bersama): SMK Pantai & SMK Taman Perumahan Bedaun
Johan bagi setiap kategori akan mewakili W.P. Labuan ke saingan Peringkat Zon D yang akan diadakan di Padang UMS, Kota Kinabalu pada awal November nanti.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad diiringi oleh Encik Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan Encik Sophian Said, Presiden LAFA.
Labuan, 2 Oktober 2022 - Mesyuarat Penaja Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Penyelarasan Program Pengupayaan SRM UMSKAL 2022
Seramai 40 orang Mahasiswa telah menghadiri Mesyuarat Penaja Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Penyelarasan Program Pengupayaan SRM UMSKAL yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan November 2022.
Diantara objektif Siri Pengupayaan SRM IPT adalah seperti berikut :
I. Meningkatkan penglibatan belia pengajian tinggi dalam gaya hidup aktif sama ada dalam bidang kecergasan atau rekreasi;
II. Meningkatkan penglibatan belia pengajian tinggi dalam aktiviti yang berasaskan khidmat masyarakat dalam komuniti;
III. Meningkatkan penglibatan belia dalam bidang kreatif yang memberi nilai tambah kepada potensi diri.