- JBS WP Labuan
- Hits: 152
SEMOGA MAJU JAYA AVRINDA ANIS
LABUAN, 7 Feb - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Encik Mohammad Syahffie Bin Hj. Japril sempat menyantuni Atlet Para Boccia, saudari Avrinda Anis yang akan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menjalani Latihan Pusat Sepenuh Masa selama 6 bulan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
Avrinda Anis, telah menerima tawaran sebagai Atlet Program Pelapis Para Kebangsaan sebagai persediaan ke Kejohanan World Boccia International Challenger Zagreb 2023 dan Sukan Para ASEAN di Kemboja pada 3 hingga 9 Jun 2023. Beliau turut diiringi oleh ibu beliau yang juga merupakan Jurulatih Sukan Para Boccia W.P. Labuan di bawah PESRON W.P. Labuan, Puan Junih Tuah.
Turut hadir, Encik Wong Foo Leong, Presiden PESRON W.P. Labuan, Encik Carlos Teo, Bendahari PESRON W.P. Labuan dan Penolong Pengarah (Sukan), Encik Felix Den Anthony Paru bersama pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Labuan.
Saudari Avrinda Anis juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, W.P. Labuan dan Jabatan ini turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Pendidikan W.P. Labuan dan SMK Lajau atas kerjasama serta sokongan kepada atlet ini.
- JBS WP Labuan
- Hits: 152
